Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Loading...
Oleh Hidayat Hamim

Jarang-jarang nak menulis pasal politik (sebab saya bukan orang politik, cuma sekadar orang biasa yang ada rasa patriotik)

Sekali sekala, tak salah rasa kalau nak menulis pasal politik, bukan sebagai pencacai politik, tapi sebagai warganegara yang tak pernah miss mengundi setiap kali pilihanraya..

Hari ni kecoh di FB isu "menteri kasut hitam dinasihatkan untuk letak jawatan". Sebagai individu yang sentiasa mengikut perkembangan politik, jujurnya tak terkejut dengan isu ni. 'beliau' seorang individu yang bagus, menjalankan tugas dengan bagus (saya sangat sokong pasal kasut hitam tu, banyak kebaikan berbanding keburukan), malangnya beliau bukan seorang ahli politik yang bagus (sebab tak pandai menjadi populis dan tak mengikut rentak seorang ahli politik yang biasanya akan lebih jaga periuk nasi sendiri berbanding jaga periuk nasi rakyat marhaen)

Bila ada isu berkaitan kementerian yang disandang, nampak beliau hanya berjuang seorang. Tiada sokongan dari atasan beliau, tiada sokongan dari team kementerian pendidikan sendiri (termasuk timbalan yang selalu berbeza pendirian), malah selalu diperlekeh oleh orang melayu sendiri, hanya kerana majoriti orang melayu hari ini adalah anti PH (sedangkan banyak juga idea yang dibawa sebenarnya adalah untuk kebaikan rakyat kebanyakan termasuk orang melayu sendiri, termasuk isu kasut hitam)


Ok, itu baru mukaddimah.

Point yang saya nak sampaikan adalah,

Pattern orang melayu sendiri, yang menyokong/membantah satu-satu isu, adalah bergantung pada sokongan politik. Bila kita sokong umno, kita kata semua umno buat adalah betul, dan semua PH buat adalah salah.

Berbeza dengan pattern sokongan masyarakat cina. Mereka akan sokong, isu yang akan memberi keuntungan kepada kaum mereka, tak kisah samada yang bawa isu itu adalah DAP atau MCA.

Dah cerita pasal kaum la pulak. AWAS, saya bukan nak menjadi rasis. Saya cuba nak membawa kawan-kawan berfikir dengan waras. TAK SALAH kalau masyarakat cina menuntut macam2 hak untuk kepentingan kaum mereka, sebab memang lumrah, tak kira masyarakat atau mana2 kumpulan pun, mereka akan menuntut sebarang hak, asal saja ada peluang. Yang SALAH, apabila kita TAK BERSATU SUARA DALAM MEMPERTAHANKAN HAK, HANYA KERANA KITA BERBEZA PARTI POLITIK!

Sama seperti kaum india, apabila waytha moorthi menjadi menteri perpaduan, beliau menjalankan tugas membawa suara kaum india dengan cemerlang walaupun beliau gagal dalam objektif yang sepatutnya membawa perpaduan semua masyarakat. Dan beliau terpaksa dikekalkan hanya kerana suara kaum india yang bersatu dibelakangnya.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Kita dah nampak sokongan orang india dan orang cina yang padu menyokong DAP, sedangkan orang melayu masih menyalahkan satu sama lain sebab apa undi umno sebab apa undi PH. See the different?

Kita kata, PH akan cuma jadi kerajaan sepenggal sebab gagal mentadbir negara dengan baik, dan tak jaga kepentingan orang melayu yang merupakan majoriti kaum di Malaysia. Tapi kita lupa, kalau kita masih berpecah dan masih dengan mentaliti 'ini semua salah korang yang mengundi PH la ni, kan dah dapat taik!' dan 'menteri PH cuma tau tukar kasut putih ke hitam je', terus salah menyalahkan, walhal korang tak support pun bila ada isu yang sepatutnya membawa kebaikan kepada kebanyakan dari kita, maka rasanya kerajaan sepenggal mungkin terus akan menjadi kerajaan pada penggal seterusnya...

Pegang ini, kata keramat nenek moyang kita,


Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekali lagi, post ini bukan bertujuan perkauman. Tapi untuk membuka minda bangsaku yang lebih suka salah menyalahkan berbanding mencari jalan untuk bersatu suara.

Gabungan umno/pas adalah permulaan yang baik walaupun tak praktikal, sebab bukan semua rakyat Malaysia adalah orang melayu (baca sebagai UMNO) dan bukan semua rakyat Malaysia adalah orang islam (baca sebagai PAS).

Kita dah hilang 1 suara besar yang berjuang untuk kita (baca sebagai Maszlee), jangan sampai kita hilang yang lain.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
#hanyasuaramarhaen
#supportmaszlee
#otaitakaful
Loading...
Back To Top