Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Adun Bersatu, pegawai menteri ditahan dalam parti dadah

SEORANG Adun Bersatu antara 17 individu yang ditahan dalam satu parti dadah di sebuah apartmen di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut polis, Adun berkenaan ditahan dalam serbuan jam 11 malam di apartmen di Jalan Puchong.

Turut ditahan adalah seorang pegawai menteri dalam negeri, pegawai menteri belia dan sukan dan juga pembantu kepada Adun tersebut.

Sumber berkata serbuan itu pada mulanya dijalankan polis selepas menerima aduan mengenai bunyi bising dalam unit apartmen itu.

Bagaimanapun, sebaik pemeriksaan dijalankan, mereka menemui
Loading...
17 orang termasuk enam wanita sedang berhibur.

“Seramai 17 individu ditahan termasuk Adun Dengkil berusia 39 tahun, pegawai khas kepada dua menteri, beberapa usahawan dan enam wanita.

“Selepas menjalani ujian air kencing, 16 daripada mereka didapati positif dadah termasuk Adun itu,” katanya

Menurut sumber polis, kesemuanya kini ditahan reman selama tiga hari.

Isu penahanan Adun tersebut yang tular di media sosial mendakwa individu dimaksudkan adalah wakil rakyat Dengkil dari Bersatu, Adhif Syan Abdullah.

Adhif bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau ditangkap dan positif dadah.
Adun tersebut dilaporkan memberitahu Malaysiakini, beliau berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong sejak malam semalam.

Ketua Pemuda Bersatu Selangor itu juga mendakwa beliau bertemu anggota parti di Dengkil, Selangor dan seterusnya pulang ke rumah.

Bersatu Selangor pula mengesahkan seorang Adun parti itu ditahan polis.

Pengerusinya Abdul Rashid Asari dilaporkan Berita Harian sebagai berkata, Adun berkenaan ditahan kira-kira 1.30 pagi tadi.

Ia berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dijangka membuat sidang media pada petang ini.
Loading...
Back To Top