Oleh Faisal Tehrani
Selamat datang ke dekad baru. Sebagai utusan, saya ingin menitipkan pesan yang pahit untuk ditelan: Kita sedang melangkah masuk ke dekad tepu kebencian. Ia merupakan lawan kepada cinta, kasih sayang, maruah dan kehormatan sesama manusia.
Begini, akhir dekad lalu, terdapat sebuah laman yang memantau segenap lapis kebencian, “Hatewatch”. Tugasnya menilai suhu kebencian yang mencanak dalam kalangan pembenci dan pemuja diri selaku kulit putih. Mereka anti-LGBT, benci orang Islam, rimaskan pendatang dan darjah kebencian mereka itu mampu sahaja meruap, melimpah dan menjadi sesuatu yang menakutkan: keganasan.
Benar, dekad baru ini tidak akan surut dari kebencian. Malah, saya ingin menyatakan sabda, agar kita semua bersiap hadapi lebih banyak landaan kekerasan. Ahli falsafah Inggeris, Anthony Clifford Grayling yang masih hidup melampaui dekad 80 usia menyatakan kebencian itu begitu rumit. Ia tumbuh dari kejahilan, keengganan menerima pendapat lain, kecuaian melihat realiti dan kekacauan hasil daripada kebimbangan tanpa dasar.
Kata beliau dalam rencana pendek “Hate”: “Hatred is the emotion felt when a certain complex of fear, ignorance and antipathy overflow a limit, combine themselves into a single thick glomerate, and begin to master the thought-processes of their owner. This does not guarantee action, but it too often results in action. When it does it can be extremely dangerous: its logical conclusion is murder, even mass murder, as demonstrated by the Holocaust.”
Hujung dekad lalu kita menyaksikan penindasan umat Islam di Myanmar, India, dan China; manakala kebencian terhadap pendatang serta pekerja asing berlaku di Amerika Syarikat, Eropah, dan Timur Tengah. Sektarianisme atas nama agama dengan memaksakan kekerasan meningkat dengan membimbangkan. Rasisme berkembang dengan galak. Di Malaysia, rasis mendapat perlindungan dan suaka politik. Rasis dan penebar benci juga meresap dalam telefon bimbit ibu saya, dalam media sosial keluarga, dan bertempias di seluruh lapis kemasyarakatan. Ia tersemai dan cepat tumbuh di dekad lalu. Ia akan mengukuh dan berakar di dekad ini.
Bagaimana kita meniti dekad kebencian ini?
Kebencian itu ibarat kata Hermann Karl Hesse – apa yang dibenci sebetulnya ada secebis dalam diri – tetapi sering tidak disedari. Mereka yang membenci buruh asing dari Indonesia misalnya, ada setitik darah moyangnya dari seberang. Mereka yang membenci Cina contohnya, ada kegalakan nafsu liar dalam diri tatkala menonton porno amoi secara sembunyi. Mereka yang membenci penganut kepercayaan tertentu beralasan sesat, sesungguhnya ada kesesatan yang amat dini dalam dada masing-masing.
Wahhabi misalnya membenci Syiah, untuk memadam kesesatan yang meliar dalam batang tubuh mereka sejak pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh pendirinya, Muhammad ibn Abd al-Wahhab.
Sekian lagi kebencian semuanya datang dari asas yang serupa. Kebencian meletakkan pembenci di peringkat paling bawah, menghampiri iblis. Ini kerana iblis hidup abadi dengan benci. Iblis bermula dengan benci. Dalam takdir ketuhanan ia akan juga berakhir terbakar dalam nyala kebencian.
Kebencian menghasilkan keekstreman. Ekstrem dan benci rukun dan belahan kekufuran. Apabila saya menyatakan kekufuran ia bukan bermaksud orang bukan Islam yang tidak beriman, sebaliknya ia boleh menimpa orang Islam yang menyalahi iman. Ini kerana iman itu cinta. Benci itu syaitani.
Ekstrem itu iblisi.
4 tunjang
Kufur menurut Saidina Ali ibn Abi Talib dalam Nahj al-Balagha merangkumi 4 tunjang iaitu penderhakaan, ekstremisme, keraguan dan ambiguiti.
Penderhakaan, pelanggaran, dan pencerobohan kepada tatacara hidup dan kepercayaan itu pula ada 4 sudut. Pertama, hati yang kasar dan kesat. Kedua, buta secara rohaninya. Ketiga, kelalaian dan keempat, kebiadaban. Mereka yang berhati kesat membenci orang yang menyatakan kebenaran.
Mereka yang gagal secara rohani akan menutup pintu kebaikan dan pengampunan. Mereka yang lalai akan menjadikan delusi sebagai pedoman. Mereka yang biadab akan merampas kekuasaan dan kewenangan menjadi milik sendiri.
Ekstremisme, kekerasan dan keganasan itu terdapat 4 sudut. Pertama, berpegang kepada pendapat yang subjektif kabur. Kedua, sering bertekak dan gemarkan pertelagahan. Ketiga, penyimpangan dari kebenaran. Keempat, perbezaan yang membawa kepada perbalahan. Mereka yang berpegang kepada imejan kabur akan terawang-awang tidak mahu kembali kepada hujah. Mereka yang sering bertelagah akan melorot jatuh ke dalam kebodohan. Mereka yang melalut dari kebenaran melihat keindahan sebagai kehodohan, manakala kehodohan terpapar sebagai keindahan. Manakala mereka yang suka berbalah akan menjauhi dinamisme dalam kepercayaan, dan bersikap keras kepala.
Keraguan pula memiliki 4 sudut. Pertama, pergaduhan. Kedua, kecenderungan destruktif atau merosakkan. Ketiga, kekeliruan berat. Keempat, menyerah diri kepada ketidakpedulian. Mereka yang rajin bergaduh akan tersedut dalam dimensi syaitani. Mereka yang cenderung destruktif sukar diselamatkan. Mereka yang keliru berat tidak beroleh keberkatan dalam hidup. Mereka yang tidak peduli akan dihukum oleh

Loading...
ketidakpedulian itu baik oleh manusia mahupun Kuasa Maha Tinggi.
Ambiguiti juga nampaknya memiliki 4 penjuru. Pertama, terpesona oleh hiasan dan perkara trivial.
Kedua, ketergodaan jiwa. Ketiga, meyakini kezaliman dan kejahatan sebagai benar. Keempat mencampur-campurkan kepalsuan dengan kebenaran. Mereka yang terpesona dengan hiasan dan benda remeh, misalnya, selalu berpura-pura bodoh bila didatangkan bukti. Mereka yang tergoda jiwa dengan mudah jatuh ke dalam nafsu dan hawa bajingan. Mereka yang meyakini kezaliman akan terus menjunam ke dalam gaung kesesatan. Manakala yang mencampur kepalsuan dengan kebenaran akan menjadi penunggang dan penenggek agama, kegelapan dan hidup dalam kebencian.
Kata Ali semua di atas adalah kekufuran. Jadi, ia boleh menimpa apa umat apa agama sekalipun. Teroris Muslim punyai semua di atas. Liberalis yang enggan mendengar pendapat orang lain punyai semua di atas. Seorang penganut Hindutva punyai semua di atas. White supremacist punyai semua di atas. Sami atau rahib fanatik Buddha di Myanmar punyai semua di atas. Komunis menyamar kapitalis dengan pelindasan terhadap Uighur punyai semua di atas. Mereka yang perasan patriot Melayu punyai semua di atas.
Pokoknya, ibarat kata Hesse – apa yang dibenci sebetulnya ada secebis dalam diri – kita misalnya boleh sahaja menjadi seorang pembenci, seorang kufur, dan dirasuk sehingga kemaruk lalu secara histeris melakukan kejahanaman terhadap diri dan masyarakat.
Lebih menakutkan, kebencian itu bukan kemarahan. Ini lantaran kemarahan atau keberangan itu boleh mereda dan berbaik. Kemarahan itu sementara. Ia biasa. Namun benci, datang dari hasad dan penolakan yang tidak tergugat dan tidak membaik.
Agneta Fischer dari Universiti Amsterdam, bersama-sama Eran Halperin dari Sekolah Psikologi Baruch Ivcher, juga Daphna Canetti dari Sekolah Sains Politik di Universiti Haifa, disertai Alba Jasini dari Fakulti Psikologi dan Sains Pendidikan di Universiti Leuven beramai-ramai mengarangkan sebuah makalah akademik yang penting “Why We Hate”.
Mereka menemukan kebencian itu sesuatu yang tidak berganjak: “With respect to appraisals, hate is different from anger, because an anger target is appraised as someone whose behavior can be influenced and changed. A hate target, on the contrary, implies appraisals of the other’s malevolent nature and malicious intent. In other words, hate is characterized by appraisals that imply a stable perception of a person or group and thus the incapability to change the extremely negative characteristics attributed to the target of hate.”
Ia suatu kejahatan yang harus diwaspadai. Maka laman “Hatewatch” punya sebab untuk berfungsi. Lebih membimbangkan, pengkaji-pengkaji psikologi di atas menggambarkan kebencian itu kekal: “Everyday observations also suggest that hate is so powerful that it does, not just temporarily but permanently, destroy relations between individuals or groups”.
Kebencian juga dapat merebak dan dijangkiti. Ia bagai satu penyakit yang sukar dirawat kerana ia menerpa otak dan jiwa manusia yang bersarang kebencian. Apabila ia dilakukan secara berkumpulan sepertinya dilakukan oleh penganut Wahhabi, mereka boleh menghasut yang lain dan melakukan kemusnahan. Mereka menghalalkan penculikan paksa dan pembunuhan.
Ia terlihat pada IS yang mengambil sepenuhnya doktrin asal Wahhabi; “In addition to that, the emotional goal associated with hate, namely to do destroy or eliminate the outgroup, also leads to one-sided political actions that do not leave any room for positive or constructive change. This is apparent from the hate speech spread by IS, who describes their online propaganda as ‘the Internet army’.”
Kebencian seumpama ini juga mengakar dalam kaum alt-right di Amerika Syarikat atau pemuja Hindutva di India. Tanpa awasan ia meletak masyarakat dalam kerusuhan, kemerosotan dan nyah-peradaban.
Justeru dalam dekad mendatang ini, kita akan menyaksikan banyak episod bingung. Tambahan pula jika kebencian digunakan oleh ahli politik tidak bertanggungjawab. Kebencian di tangan ahli politik amoral harus dicekang lebih awal. Kita tidak mahu berlaku genosid di negara yang asal aman.
Demikian pengkaji dalam ilmu psikologi yang saya sebutkan lebih awal melihat kebencian yang menular dalam ruang politik boleh mengakibatkan kegelapan yang likat: “Hatred seems an effective, simple, political tool that is commonly used by politicians to attain in group solidarity and political benefits and/or out-group exclusion. Campaign ads, canvassing, and slogans based on collective hatred are the bread and butter of successful campaigns because the message is simple and emotionally appealing.
“Hatred has been employed in a number of local and national political campaigns in Israel, Europe, and the United States. The simple and extreme nature of hatred increases its recurrence in the political realm. The intensity, swiftness, and superficiality of current political communication in many countries enforce cues, symbols, and extreme emotions such as hatred.”
Itulah sebab kebencian atas nama kaum, agama dan mazhab harus jangan ditoleransi. Kempen politik dengan jenama benci seperti “Cina Babi”, “Syiah Sesat” atau “India Busuk” bukan rasisme biasa. Ia adalah benci. Ia datang dari kekufuran dan keadaan kosong keimanan. Ia tidak akan dilakukan atas nama syahadah. Benci, jangan kita beri muka. Waima dilakukan oleh agamawan atau pembaca khutbah di mimbar. Bahkan jika seorang agamawan menawar kebencian; bangkit lah dan bingkas menolak. Jangan dibiarkan syaitan itu melakukan dakyahnya.
Malang, kebencian ini tidak akan menyurut dalam tahun 2020. Ia malah akan semarak.
Dekad ini saya ramalkan akan dipenuhi kegelapan ini. Ia babak gelap dalam zaman. Ia adegan penuh kegulitaan yang sukar dikeluarkan. Kita di negara ini juga memerlukan apa yang dapat kita namakan “Hatewatch”. Kita juga harus memantau kekufuran yang merupa menjadi kebencian dan seterusnya keganasan.
Benar, benci adalah laman semaian kepada cinta. Ibarat awan mendung gelap sebelum terpancar cahaya dan turunnya pelangi ke bumi.
Akan tetapi, sebagai tukang nujum; saya memesankan yang dekad ini belum lagi kita melihat warna dan kecerahan. Melainkan kita akan terus menyaksikan drama-drama lelah dan kecelakaan. Ini dekad menakutkan. Ia 10 tahun penuh kengerian. Ia permulaan gundah kepada kegulanaan.
Sudahkah kamu bersedia? 2020 ini ia bermula.