Polis maut tertembak diri sendiriSimpan Artikel
Loading...
3.55 pagi itu, anggota lelaki berusia 26 tahun itu berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya.
Katanya, terdapat satu kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri anggota terbabit.
“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.
Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan pihak polis.
Sementara itu, Md Noor Aehwan berkata, mangsa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu.
Beliau berkata, anggota terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan seorang anak.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 6:45 PM