KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri mempunyai maksud yang tersirat ketika membuat akaun bersumpah (SD).
Najib berkata akaun bersumpah itu dilakukan bertujuan sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati Azilah.
“Adakah orang yang telah dijatuhkan hukuman mati takut disaman?
“Ramai juga tidak tahu bahawa tujuan utama dia buat akuan bersumpah mengejut itu ialah sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati dia.
“Dia bukan buat kerana dia sudah bertaubat dan sedia menerima hukuman,” katanya menerusi status di Facebook beliau, hari ini.
Najib membuat kenyataan itu merujuk kepada cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin agar beliau memfailkan saman fitnah untuk menolak tuduhan mengarahkan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berbanding membuat sumpah laknat.
Hanipa berkata rancangan Najib untuk membuat sumpah laknat esok hanya mempunyai sedikit nilai undang-undang.
Semalam, Najib berkata beliau akan mengangkat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru untuk menafikan dakwaan Azilah.
Azilah, dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh Altantuya.
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.
Najib juga berulang kali menolak tuduhan penglibatannya dalam jenayah itu. – MalaysiaGazette
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐
Loading...
href="https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=102921224453843&id=100971284648837">SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...