Oleh Zin Mahmud
Pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung hujung minggu lalu, ada disebut dunia Islam mampu muncul sebagai kuasa besar seperti Kesatuan Eropah (EU) sekiranya dapat bekerjasama erat dari segi ekonomi dan pertahanan.
EU mempunyai sejarah panjang yang menarik dan boleh dijadikan pengajaran bagi negara-negara Islam.
Proses penubuhan EU bermula selepas Perang Dunia Ke-2 walaupun idea Eropah bersatu sudah wujud lebih awal lagi.
Puncak kejayaan EU adalah pada 1989 apabila Kesatuan Soviet tumbang, Jerman Barat dan Jerman Timur bersatu serta berduyun-duyun negara Eropah Tengah dan Eropah Timur menyertai EU.
Tetapi kini EU mengalami tamparan apabila rakyat United Kingdom mengundi untuk keluar daripada kesatuan itu, proses yang dipanggil Brexit.
Oleh kerana EU pertubuhan negara-negara, maka untuk dibuat perbandingan, ia perlu merujuk pada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang sejarahnya bermula dengan penaklukan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
Tetapi idea negara Islam bersatu muncul lebih awal lagi. Puncak kejayaan dunia Islam apabila dapat mengenakan embargo minyak ke atas negara-negara Barat ekoran penaklukan Israel ke atas wilayah Palestin.
Tamparan pada OIC adalah apabila Sidang Kemuncak KL 2019 ini diadakan. Walaupun ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan OIC tetapi penganjurannya atas sebab kegagalan pertubuhan utama Islam itu sendiri.
Pada asasnya OIC tidak boleh disamakan dengan EU. Negara-negara Islam pula tidak boleh disamakan dengan negara-negara Eropah. Masing-masing mempunyai dataran berbeza untuk beroperasi dan jalan bagi kejayaan juga wajar berlainan.
Umumnya EU mempunyai hubungan baik dengan kebanyakan negara OIC. Tetapi Turki, yang merupakan sebuah negara Eropah dihalang daripada menyertai EU atas pelbagai sebab, antaranya kerana agama utama Turki adalah Islam.
Apa yang dimaksudkan dengan dataran berbeza ialah asas identiti EU dan OIC. EU berasaskan pada geografi sementara OIC berasaskan pada agama.
Namun begitu, konsep Eropah bukan semata-mata pada geografi tetapi adalah pada bangsa dan agama juga. Begitu juga dengan konsep negara-negara Islam, ia juga mempunyai elemen bangsa dan geografi.
Contohnya, kalau dikirakan Turki negara Eropah dari segi geografi tetapi negara itu tidak diterima oleh EU kerana bangsa dan agama.
Bangsa utama Turki berbentuk Asia sementara agama utama Turki adalah Islam, sedangkan negara-negara Eropah pada umumnya bertradisikan Kristian.
Untuk perbandingan lebih baik yang perlu dibuat adalah antara tradisi keagamaan negara. Maka negara-negara Islam dibandingkan dengan negara-negara Kristian.
Walaupun negara-negara Islam mempunyai OIC, negara-negara bertradisikan Kristian tidak mempunyai pertubuhan dunia. Eropah pula hanya sebahagian kecil daripada dunia Kristian, yang banyak sebenarnya berada di benua Amerika.
Tetapi konsep Eropah dari segi politik bukannya berasaskan pada agama atau geografi, sebaliknya

Loading...
ia berasaskan pada apa yang disebut sebagai “Barat”.
Asas Barat adalah pada bangsa, iaitu bangsa orang kulit putih, atau disebut “Whites”. Ia merupakan satu konsep politik bukannya biologi.
Ada banyak bangsa kulit putih seperti orang India Utara, Iran, Turki dan Arab tetapi mereka tidak dianggap sebagai “Whites”.
Malah orang Rusia juga dipinggirkan, walaupun istilah ganti pada Whites ialah Caucasian, yang dikira orang yang berasal dari pergunungan Caucasus, sebuah banjaran di Rusia.
Barat inilah yang menguasai dunia termasuk negara-negara Islam melalui imperialisme sebelum Perang Dunia Ke-2. Selepas itu, penguasaan berterusan melalui sistem politik dan ekonomi dunia.
Eropah sebahagian daripada Barat ini, yang ketuanya Amerika Syarikat. EU sekutu gandingan pada Barat. Walaupun Barat perkataan yang merujuk pada arah kompas, tetapi politiknya tidak sedemikian.
Jepun, Australia dan New Zealand yang bukan merupakan negara-negara Barat dari segi arah kompas juga merupakan sebahagian daripada Barat dari segi politik.
Istilah Barat yang seharusnya menunjukkan arah kompas semata-mata membaku menjadi nama bagi sudut geografi dunia. Ia merujuk pada rantau Eropah dan Amerika Utara, tetapi dari segi politik ia mencerminkan sesuatu sikap politik tertentu dengan mempunyai minda dan nilai-nilai tertentu.
Lawan Barat adalah Timur. Semasa Perang Dingin, konsep politik Timur adalah negara-negara komunis pimpinan Moscow yang meliputi Kesatuan Soviet, Eropah Timur dan juga negara-negara komunis Asia seperti China, Indochina dan Korea Utara.
Tetapi selepas Perang Dingin, konsep politik Timur merangkumi semua negara bukan Barat yang terletak di bahagian timur dunia termasuk negara-negara Islam. Eropah Timur sudah menjadi sebahagian daripada Barat tetapi Rusia, China, India dan semua negara Asia yang lain dianggap pula sebagai Timur.
Maka Barat masih memegang kekuasaan besar dalam semua segi: ketenteraan, ekonomi, politik, intelektual, budaya, sains dan teknologi. Ia diketuai oleh pakatan AS dan EU.
Walaupun nanti United Kingdom keluar daripada EU, tetapi London pasangan pada Washington dan didokong oleh Canberra. Ini kerana teras Barat adalah negara-negara berasaskan oleh orang Inggeris iaitu Amerika, UK, Canada, Australia dan New Zealand.
Buat masa ini pencabar-pencabar Barat ialah China dan Rusia. Tetapi antara keduanya, China dilihat berkemampuan. Namun demikian China tidak mempunyai blok sekuat apa yang dimiliki Barat.
Dunia Islam tidak menjadi ancaman besar pada Barat. Apa yang merimaskan ialah ancaman dari dunia islam dalam bentuk serangan-serangan dari pengganas bunuh diri IS, Al-Qaeda dan sekutu-sekutu tetapi ancaman ini tidak memberi kesan pada penguasaan Barat terhadap dunia.
Jadi, EU bukanlah perbandingan yang baik untuk dunia Islam. Namun usaha perlu dilakukan untuk memperkasakan dunia Islam walaupun dalam suasana penguasaan Barat yang tidak dapat digugat.
Maka Sidang Kemuncak KL 2019 merupakan langkah awal untuk keluar dari kekakuan OIC.
Mahathir Mohamad merintis penubuhan suatu paksi negara-negara Islam iaitu Malaysia, Turki, Iran dan Pakistan.
Paksi ini kemudian membawa kepada Sidang Kemuncak 2019 yang dianjurkan oleh Malaysia dan disertai oleh Iran dan Turki. Walaupun Pakistan menarik diri tetapi usaha wajar diteruskan dengan apa yang boleh.
Usaha ini panjang dan pasti merumitkan. Sama ada pengganti-pengganti Mahathir, Hassan Rouhani dan Reccep Tayyip Erdogan dapat meneruskan, tidaklah dapat dijangkakan.
Tetapi dunia Islam mesti mengorak langkah apa yang ada untuk memperkasakan diri dalam bidang ketenteraan, ekonomi, politik, intelektual, sains dan teknologi supaya dapat berdiri sama taraf dengan Barat serta kuasa-kuasa lain seperti China, Rusia dan India.Ataupun pertimbangan tidak perlu dibuat atas platform agama. Semua negara-negara Islam pun pada hakikatnya berpenduduk pelbagai agama.
Di negara-negara Barat juga, terdapat banyak penduduk Islam. Mungkin konsep Barat dan Islam perlu dileburkan supaya konfrontasi antara Barat dan Islam berada di luar perbincangan.
Apa yang lebih penting ialah menyusun semula penguasaan dunia supaya tidak berorientasi Washington-Brussels semata-mata.
Tetapi Washington tidak akan melepaskan penguasaannya dengan begitu saja. Sebab itu, dunia bukan Barat tanpa mengira agama wajar bekerjasama untuk memberjuangkan aturan dunia yang adil.