Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jangan ‘normalkan’ situasi Uighur, Abim, PAS bantah Beautiful Xinjiang di Bangi


KAJANG: Sekumpulan pemuda mengadakan protes senyap di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) bawah kawalan ketat polis bagi membantah persembahan kebudayaan Beautiful Xinjiang di situ malam ini.

Diketuai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Naib Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata mereka bersolidariti dengan minoriti Uighur dan membantah sebarang usaha dan program menormalkan “tindakan luar batas kemanusiaan” Beijing di wilayah Xinjiang, China.

“Walau apa jua alasan yang diberikan,” katanya kepada pemberita. Tunjuk perasaan itu bersurai secara aman pada 7.20 malam tadi.

FMT diberitahu Beautiful Xinjiang itu dianjurkan oleh Kedutaan China dan dijadualkan berlangsung di BACC malam ini. Tunjuk perasaan itu disertai wakil daripada PAS, Global Peace Mission dan Muslims for Uighur.
Pemuda PAS Bangi berkata mereka tidak teragak-agak untuk menunjuk perasaan secara besar-besaran sekiranya Beautiful Xinjiang berjalan ke seluruh negara.

“Kita akan himpunkan ribuan,” katanya, dan mahu kerajaan nyatakan secara jelas pendiriannya berhubung isu itu kepada rakyat.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Menyeru kerajan bersuara secara konsisten, penunjuk perasaan maklum keperluan menjaga hubungan baik dengan China,
Loading...
namun tidak bermakna Malaysia tidak boleh menyatakan pendirian.

Pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan aktivis berkata sekurang-kurangnya 1 juta Uighur dan kumpulan minoriti beragama Islam lain ditahan di kem-kem di Xinjiang dalam tindakan keras yang bermula sejak 2017.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top