Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tindakan dua Adun PKR di Melaka tidak dapat diterima kata Anwar


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri, semalam, tidak dapat diterima.

"Saya sedang berhubungan dengan mereka, saya sepatutnya berjumpa mereka hari ini ataupun berkomunikasi dengan mereka.

"Ini tentunya tidak dapat diterima kerana mereka harus menghormati keputusan negeri dan kedudukan kami adalah mereka mesti menyokong keputusan ketua menteri," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, usul Adly Zahari yang mencadangkan Pengerusi PKR Melaka, Abdul Halim Bachik dilantik sebagai ahli dewan negara ditolak apabila ia hanya mendapat 12 undi berbanding 13 yang menolaknya, manakala tiga lagi tidak hadir.

Dua wakil PKR iaitu Adun Machap Jaya Ginie Lim dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, yang dikatakan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, bertindak meninggalkan sidang sebelum undian bermula.

Halim Bachik pula dikatakan menyokong Anwar.

Ditanya apakah kekalahan usul ada dikaitkan dengan perbalahan dalaman PKR yang sedang berterusan, Anwar berkata, penyokong PKR negeri itu harus menyokong kerajaan negeri tanpa mengira kecenderungan mereka.

"Perbalahan dalaman atau tidak, keputusan negeri dan parti mesti dihormati," katanya.

Ditanya sama ada tindakan dua Adun itu ada kaitan dengan spekulasi bahawa ada usaha untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan Melaka yang dipimpin oleh Adly Zahari dari Amanah, Anwar menegaskan PKR berdiri teguh bersama ketua menteri itu.

"Saya tidak fikir demikian tetapi dari segi parti kita, kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan termasuk ketua menteri Melaka," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


 
Loading...
href="https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=102921224453843&id=100971284648837">SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
 Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top