Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pengundi Melayu tidak lagi boikot calon Cina BN

Loading...

KUKUP: Selepas empat hari berkempen, pengundi Melayu tidak lagi memboikot calon Cina, sebaliknya memfokuskan kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini.

Pengundi yang ditemui FMT di Penerok, Kukup berkata mereka berpuas hati dengan penerangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang meyakinkan pengundi untuk menyokong parti itu kembali berbanding penerangan pimpinan Pakatan Harapan.

Penduduk tempatan, Azman Mohamad berkata dia boleh menerima Wee Jeck Seng sebagai calon BN di Tanjung Piai.

“Alhamdulilah, kita boleh terima dengan seadanya dan kita rasa Wee boleh menang.


Azman Mohamad.
“InshaAllah boleh dapat undi. Pengundi di sini sudah mendapat keyakinan semula setelah mendengar penerangan daripada pimpinan BN termasuk Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan,” katanya.

Azman, 49, yang bekerja sebagai peniaga air tebu berkata penerangan pimpinan BN seperti memberi motivasi kepada pengundi Melayu di sini.

Katanya, dia juga merasa selamat di bawah pimpinan BN berbanding PH, lebih-lebih lagi selepas penyatuan ummah dengan PAS.

“Calon Cina kita dah tak lihat, tetapi kita lihat pada lambang parti. Alhamdulilah boleh terima Wee.

“Saya rasa kalau PH perintah, kucar-kacir negara,” katanya.

Parlimen Tanjung Piai mempunyai 53,528 pengundi yang terdiri daripada 57% Melayu, diikuti Cina (42%) dan India (1%).

PRK kali ini menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan calon PH, BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon bebas.

BN mempertaruhkan Wee dari MCA, sementara calon PH ialah Karmaine Sardini dari PPBM.


Zamri Abdul Jaafar.
Seorang lagi penduduk, Zamri Abdul Jaafar berkata BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang walaupun mengakui pada mulanya ada isu mahu memboikot Wee.

Zamri, 52, bagaimanapun berkata pada masa ini apa lebih penting rakyat mahu perubahan dan pengundi Melayu mahu membawa semangat kemenangan PRK sebelum ini di Cameron Highland, Semenyih dan Rantau ke Tanjung Piai.

“Rata-rata pengundi mahukan perubahan di Tanjung Piai. InshaAllah peratusan berdasarkan makluman orang ramai kita lihat positif untuk calon BN,” katanya.

Zamri yang meniaga barangan kecantikan berkata gelombang pengundi terpengaruh janji PH pada PRU14 juga sudah tidak ada.

Beliau berkata rata-rata pengundi tidak mahu tertipu lagi dengan PH dan golongan muda juga sudah sedar.

“Dua penggal masa Wee jadi ahli Parlimen dia bertanggungjawab jaga kita dengan baik walaupun bangsa Cina dan bukan seagama dengan kita.

“Kekalahan kita sebab gelombang janji manifesto PH dan hasad dengki,” katanya.

Sementara itu, Zambere Jamaat berkata isu boikot calon Cina hanya salah faham dan berkata pengundi Melayu sudah matang.


Zambere Jamaat.
Zambere, 50, memberi jaminan pengundi Melayu tidak termakan janji kosong PH.

“Kekalahan PRU lepas sebab PH guna janji kosong terutama kepada anak muda. Mereka tertipu misalnya PH janji nak beri tol percuma, tetapi tidak ada,” katanya.

Zambere yang bekerja sebagai nelayan dan pekebun kecil juga tidak menolak pengundi Cina yang mengundi PH sudah tidak sama seperti PRU14.

“PH kalau berani tunaikan manifesto anda dan isu-isu nelayan diselesaikan, bukan hanya PRK beri peruntukan macam-macam.

“Kata negara tidak ada duit, selepas penyandang kerusi Md Farid Md Rafik meninggal baru macam-macam peruntukan lulus. Percayalah dia janji sahaja, dah menang nanti belum tentu PH tunaikan janji,” katanya.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top