Loading...
KUALA LUMPUR: Perubahan lebih baik diharapkan oleh rakyat Malaysia pasca PRU14 dengan memberi mandat kepada PH ternyata meleset, bahkan jauh lebih teruk dari kerajaan terdahulu yang diterajui Umno.
Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, beberapa kes-kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin politik terutama dari DAP dilihat berakhir mudah apabila suspek dilepaskan dan dibebaskan.
Menurutnya, berikutan sokongan dan campur tangan terbuka hinggakan proses sabitan kes untuk pertuduhan dan pendakwaan tidak berlangsung, sebaliknya berpihak kepada suspek secara kejutan dan diragui.
Terbaru ulas beliau, apabila pemimpin DAP yang ditahan polis bahagian anti-pengganas kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) turut dibebaskan.
Perkara tersebut ujarnya, secara jelas telah mempersia-siakan kerja pihak polis dan kehakiman dalam menguatkuasakan perundangan di mana terdahulunya keadaan sama turut terjadi ke atas beberapa kes melibatkan ahli politik.
Antaranya dibutirkan Dato’ Che Abdullah adalah kes perbicaraan rasuah banglo bekas Ketua Menteri, Exco rogol amah dan rasuah oleh Setiausaha Menteri yang dibicarakan tertutup atau dilepas bebas termasuk tanpa dinyatakan sebab.
“Ini satu lagi hal yang malang buat rakyat Malaysia. Malah, sudah ramai pengundi yang menyesal mengundi PH pada PRU14 lalu, kecuali khadam tegar yang terus mencari alasan membela tindakan pemimpin PH walaupun jelas melanggari prinsip diperjuangkan.
“Kononnya mahu lebih demokratik, lebih telus, lebih berintegriti, lebih cekap, anti rasuah, anti diskriminasi dan banyak lagi. Namun, segalanya meleset, bahkan jauh lebih teruk dari kerajaan terdahulu yang diterajui Umno,” kesali beliau.
Berikutan keraguan dan hilang kepercayaan daripada banyak pihak hinggakan berlaku desakan supaya Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan atau dipecat kerana dilihat ‘membayangi’ kes-kes berkaitan. – HARAKAHDAILY 8/11/2019
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...