Loading...
KEMAMAN, 5 November - Satu lagi janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ditunaikan oleh Kerajaan PAS Terengganu apabila seramai 200 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) mengundi lot tanah masing-masing kelmarin.
Program Undian Lot Siri Pertama sebahagian daripada peserta RTB 1999 hingga 2004 (RTB Terkilan) telah dinantikan selama 15 tahun oleh pesertanya.
Peserta RTB yang terlibat adalah RTB Kampung Mak Lagam, Cukai, Kampung Tempurung, Air Putih, Kampung Matel, Kerteh, Kampung Jabat, Kerteh dan Kampung Bukit Anak Dara, Kijal.
Majlis yang diadakan di Pejabat Tanah Kemaman itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai.
Kebanyakan peserta yang ditemui teruja dan gembira dengan apa yang terlaksana dan berterima kasih kepada Pejabat Tanah Kemaman terutama wakil rakyat mereka.
Tanah RTB yang juga dipanggil sebagai Tanah Terkilan ini sudah 15 tahun dinantikan oleh pesertanya untuk dimiliki.
Turut hadir pada majlis itu, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh dan Pengarah Tanah Kemaman, Mohamad A. Rahman, .- teganukita
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...