Loading...
SHAH ALAM – Masyarakat perlu bersangka baik dengan tindakan sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tahfiz.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tanggapan ibu bapa yang menghantar anak-anak di pusat tahfiz sebagai eskapisme adalah tidak sepatutnya.
“Mungkin ibu bapa yang menghantar anak itu memang mahu anaknya mendapat pendidikan yang terbaik daripada segi kerohanian dan berjaya mendalami ilmu al-Quran.
“Saya juga melihat kesedaran ke arah mendidik anak-anak untuk mendapatkan pendidikan agama dalam kalangan masyarakat tinggi termasuk hantar anak-anak ke pusat tahfiz dari kecil lagi semata-mata untuk anaknya menghafaz al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang menegaskan bahawa ada ibu bapa salah faham dengan konsep pusat tahfiz, seolah-olah menjadikan pusat itu sebagai pusat pembuangan.
Sementara itu, Mohamad Shukri berkata, beliau tidak nampak pusat tahfiz sebagai tempat ‘pembuangan’ sebaliknya niat baik ibu bapa perlu dihargai.
“Jika kita melihat pusat tahfiz sebagai tempat ‘pembuangan’ bermaksud melihatnya secara negatif dan dengan apa yang berlaku kita tidak seharusnya membuat tanggapan secara menyeluruh,” katanya.
Beliau bagaimanapun menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati memilih pusat tahfiz yang benar-benar ada kawalan, berdisiplin dan berkualiti. – Sinar Harian..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...