Loading...
Baru semalam portal nie siarkan kemungkinan pengumuman Dr. Mahathir yang kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan projek RTS akan diteruskan hanyalah gula-gula PRK Tg. Piai, sama macam nak buat hospital kat Semenyih, nak buat Balai Bomba kat Rantau...
Hari nie, dalam akaun Facebook Dr. Novandri, beliau telah berikan fakta-fakta yang jelas macam mana 'terkantoinya' atau terbongkarnya penipuan Pakatan Harapan dalam pengumuman untuk meneruskan projek RTS Malaysia-Singapura...🤦♂️🤦♂️🤦♂️
Kalau tak menipu, bukan Pakatan Harapan...
#ApaMauTipuLagi
Baca kronologinya :
16 Januari 2018
Malaysia dan Singapura tandatangani perjanjian Sistem Rapid Transit (RTS Link)...
Malaysia diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman Dahlan manakala Singapura oleh Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan...
Perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong...
p/s : Maksudnya, projek rakyat nie adalah usaha yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional bawah pimpinan Dato' Seri Najib Razak yer...
21 Mei 2019
Kerajaan Pakatan Harapan dan Kerajaan Singapura tandatangani perjanjian tambahan untuk tangguh projek RTS sehingga 30 Sept 2019...
RM 2 juta wang rakyat terpaksa digunakan untuk bayar kerajaan Singapura sebagai kos penangguhan (BACA DI SINI)...
p/s : Maksudnya Kerajaan Pakatan Harapan atas sifat benci dan dendam pada Kerajaan Barisan Nasional sanggup bazirkan duit rakyat RM2 juta semata-mata untuk cuba batalkan projek untuk keselesaan yang dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional...
20 September 2019
Kerajaan Pakatan Harapan minta untuk lanjutkan penangguhan RTS kepada 31 Oktober 2019...
p/s : Mungkin belum dapat kroni yang 'sesuai' (fahamkan maksud sesuai) untuk ambil alih projek RTS...
31 Oktober 2019
Laporan muka depan akhbar The Star melaporkan Putrajaya minta satu lagi lanjutan tempoh 6 bulan untuk projek RTS...
p/s : Permulaan Kerajaan kantoi sebab berdolak dalih mengenai projek RTS...
31 Oktober 2019
Anthony Loke DAP, Menteri Pengangkutan, melenting dengan laporan The STAR dan mendakwa laporan itu sangat mengelirukan dan merupakan kewartawaan yang tidak beretika (BACA DI SINI)...
p/s : Kantoi pertama sebab hari yang sama Dr. Mahathir umumkan kat Tg. Piai yang projek RTS akan diteruskan, betullah menteri-menteri kena ada group WhatsApp, Perdana Menteri boleh jadi admin group, siapa yang melantun, kasi 'removed' sama dia...😂😂😂
1 November 2019
Satu kenyataan dikeluarkan dan ditandatangani oleh 5 Setiausaha :
》Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah...
》Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution...
》Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahaya...
》Setiausaha Agung PAN, Anuar Tahir...
》Setiausaha Kebangsaan DAP, Anthony Loke...
Mereka dakwa laporan akhbar bahwa projek RTS akan ditangguhkan enam bulan lagi itu mengelirukan dan berita palsu @ 'fake news'...
Kononnya, isu ini untuk merosakkan imej Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai (BACA DI SINI)...
p/s : Tu lah, pembangkang bantah pemansuhan Akta Anti Berita Palsu, Kerajaan Pakatan Harapan 'bergolek-golek' nak akta tu dihapuskan...
Nie yang dikatakan menipu secara berjemaah, dalam bab menipu nie mungkin Pakatan Hafapan ada group WhatsApp khas kut...😂😂😂
4 November 2019
Rupa-rupanya, kelentong Pakatan Harapan untuk menjual projek RTS di PRK Tanjung Piai terbongkar dan pekung hanyir PH didedahkan oleh rakan sejawat mereka di Singapura!!!
Dalam jawapan parlimen bertulis, Menteri Pengangkutan Singapura mendedahkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan pada 29 Okt 2019 telah minta melanjutkan penangguhan projek RTS (BACA DI SINI)...
Kali ini, penangguhan hingga 30 April 2020 (BACA DI SINI)...
p/s : Apa macam 5 Setiausaha parti gabungan Pakatan Harapan?
Bukan media yang cemarkan nama Pakatan Harapan tapi nama korang memang dah busuk dan hanyir pun...😷😷😷
Pendedahan ini amat memalukan dan sidang akhbar terbaru kerajaan PH semasa mengumumkan projek RTS tampak hanya wayang untuk PRK Tanjung Piai!!!
Jelas, untuk dapatkan undi, Pakatan Harapan sanggup lakukan apa saja...
Bila dah dapat undi, rakyat yang dulu tiba-tiba jadi sahabat, jadi saudara akan dibiarkan terkapai-kapai...
Kalau rakyat tuntut janji, dikatakan rakyat tak tahu nak berdikari dan pemalas serta asyik harapkan bantuan kerajaan!!!
Sedangkan apa yang rakyat tuntut tu adalah janji yang dibuat sendiri oleh pemimpin Pakatan Harapan!!!
Kredibiliti dan integriti memang TAK PERNAH wujud dalam kamus hidup pemimpin Pakatan Harapan...
Wahai Dr. Mahathir...
Wahai Lim Kit Siang...
Wahai Lim Guan Eng...
Wahai Anthony Loke...
Wahai Saifudin Abdullah...
Wahai Saifudin Nasution...
Wahai Marzuki Yahya...
Wahai Anuar Tahir...
Wahai semua pemimpin Pakatan Harapan...
#ApaMauTipuLagi
Rakyat tak bodoh dan jangan cuba perbodohkan dan menipu rakyat lagi...
Pada pengundi di Tg. Piai, inilah peluang untuk kita hukum pemimpin Pakatan Harapan yang banyak memperbodohkan dan menipu rakyat...
Gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya...
Admin payung satu lagu wajib PRK Tg. Piai khas untuk pengundi di PRK Tg. Piai...
Tulisan asal :
Fb Dr. Novandri
Loading...