Minggu, 22 September 2019
Soalan : Apakah hukum membawa pulang makanan (tapau) ke rumah tanpa meminta izin daripada tuan rumah di majlis perkahwinan?
Jawapan : Jika tetamu ingin membawa pulang makanan daripada majlis perkahwinan hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada tuan rumah. Jika tidak diizinkan, hukumnya adalah haram. Ini kerana keharusan yang diberikan oleh syara’ di dalam majlis perkahwinan adalah makan sahaja, bukan ditapau dan dibawa pulang. 