Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Suspek langgar Muhammad Danial dituduh esok (hari ini)


Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir pada 10 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Ab Rashid Ab Wahab berkata individu berumur awal 40-an berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kecil dengan keretanya, berhampiran Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti dekat persimpangan Bandar Baru Bangi, selepas kejadian kejar-mengejar antara satu sama lain.
Iklan

Sebelum kejadian berkenaan, kedua-dua pemandu itu dikatakan terlibat dalam pergaduhan dan dileraikan pengguna lebuh raya lain, sebelum mangsa yang keluar semula daripada kenderaannya dilanggar, dan tersepit antara kenderaan dengan penghadang jalan.

Susulan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga Sabtu lepas namun hanya suspek lelaki disambung reman berakhir hari ini dan suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada Isnin lepas, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.- Bernama





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
Loading...
style="color: blue;">❐  Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top