Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mat Sabu: Hina tentera dianggap musuh negara

Loading...
KUALA LUMPUR, — Menteri Pertahanan menganggap mana-mana individu yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai “musuh negara”.

Mohamad Sabu berkata perbuatan tersebut sebagai jijik dan tidak boleh diterima walaupun beliau mengalu-alukan kritikan, lapor Sinar Harian.

”Bagi saya sesiapa sahaja tidak kira daripada mana-mana kaum yang menghina ATM, dia adalah musuh negara,” katanya di Wisma Pertahanan hari ini.

”Boleh kritik, beri pandangan dan tunjuk ajar tapi jangan sesekali hina ATM.”

Pada 12 Ogos lalu, ahli perniagaan Koon Yew Yin dilapor mengeluarkan kenyataan anggota tentera “tidak berbuat apa-apa kecuali hanya makan dan tidur”.

Selepas dikecam hebat, beliau memohon maaf kepada semua anggota tentera termasuk yang telah bersara dan menarik semula kenyataan di blognya, dua hari kemudian.

”Saya menyesal dengan kenyataan itu tetapi bukan niat saya untuk memfitnah atau merendah-rendahkan anggota tentera,” tulis Yew Yin pada Rabu.

”Saya juga tidak berniat untuk mencetuskan kekacauan,” katanya, yang bangga menjadi rakyat Malaysia dan menghargai kesetiaan anggota tentera.

Yew Yin berkata beliau berasa “bodoh” kerana terlupa pengorbanan tentera mempertahankan negara ketika Perang Dunia Kedua.

”Memikirkannya semula sekarang, kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa menyesalnya saya,” catatnya.
Loading...
Back To Top