LANGKAWI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan projek penanaman padi pulut berskala besar di pulau ini yang dilancarkan hari ini mampu memberi perolehan RM30 juta dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya.
Menteri, Datuk Salahuddin Ayub, berkata bagi mencapai sasaran itu benih padi pulut Siding yang dihasilkan MARDI sudah disemai di 38.963 hektar daripada 2,038 hektar sawah yang bakal terbabit dalam projek itu.
“Benih padi pulut Siding yang ditanam petani dalam projek perintis ini dijangka dapat dituai pada November ini.
“Kejayaan projek ini pasti dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan (kepada) beras pulut dari negara jiran yang mencecah nilai import RM30 juta setahun,” katanya selepas majlis pelancaran Projek Perintis Padi Pulut di Kampung Ayer Hangat di sini, hari ini.

Loading...
image-single-single">
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Azulita Salim.
Pelaksanaan projek itu adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi, pada Jun lalu bagi membolehkan pulau itu menjadi pengeluar utama beras pulut.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, projek itu dilaksanakan secara pakej iaitu pemilihan benih, kerja pembajakan, pengairan, penanaman, pengawalan makhluk perosak, penuaian, pengilangan dan pembungkusan.
“Bagi memastikan projek ini berjaya, kementerian dan agensi terbabit akan turut memberi tumpuan membabitkan semua pakej seperti permintaan peserta supaya tanah diratakan, kolam takungan dibina di beberapa lokasi.
“Kementerian akan pastikan seluruh rantaian disempurnakan untuk faedah dan kepentingan petani kita.
“Selain itu, sawah padi pulut yang terbentang luas akan turut menjadi faktor penarik yang akan menyokong industri agropelancongan di Langkawi,” katanya.

Operator Mesin dari MARDI Seberang Prai, Azrul Abd Aziz memasukkan benih padi pulut daripada varian Siding di Kampung Ayer Hangat hari ini. - Foto BERNAMA