BESTARI JAYA, 8 Ogos — Kabinet dijangka membuat keputusan berhubung pengambilalihan lebuh raya pada penghujung bulan ini selepas meneliti hasil kajian hala tuju tol di lebuh raya yang dibuat oleh Kementerian Kerja Raya.
Menterinya Baru Bian berkata hasil kajian berkenaan kini sedang diedarkan kepada semua kementerian untuk diteliti dan menjangkakan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat selewat-lewatnya penghujung bulan ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil kajian berkenaan.
“Untuk bersikap adil, saya tidak boleh
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil kajian berkenaan.
Loading...
bercakap lebih awal mengenainya (hasil kajian), tetapi semestinya ia untuk kebaikan rakyat dan semua hak pihak berkepentingan telah dipertimbangkan supaya kita dapat mengharapkan sesuatu yang positif,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Sistem Binaan Industri (IBS) IJM Corporation Berhad di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan IJM Berhad, Datuk Soam Heng Choon.
Pada Jun lepas, Baru dilaporkan berkata cadangan pengambilalihan mana-mana lebuh raya hanya akan diputuskan selepas laporan kajian berkenaan dibentangkan kepada Kabinet.
Kementerian berkenaan telah melantik perunding bebas bertauliah pada Januari lalu bagi meneliti dan mengkaji secara holistik hala tuju industri tol di negara ini.
Sementara itu dalam ucapan perasmiannya, Baru berkata kerajaan amat komited dalam mempromosikan teknologi IBS yang mana satu daripada sasaran utama kementeriannya adalah ke arah dasar mandatori untuk projek swasta bernilai RM50 juta ke atas menggunakan IBS dan mencapai sekurang-kurangnya skor IBS 50 menjelang 2020.
Katanya lagi, di samping itu inisiatif kilang IBS juga dilihat mampu merealisasikan misi kerajaan dalam membina lebih banyak rumah mampu milik dalam masa yang lebih singkat.
“Malah, dengan penggunaan IBS ia mampu memberikan kualiti dan hasil yang lebih baik untuk keselesaan rakyat,” katanya. — Bernama