Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Agensi berita nasional, Bernama memberitahu kakitangannya ia menghadapi masalah aliran tunai


Bernama guna caruman KWSP bayar gaji pekerja akibat masalah aliran tunai
Bernama
-August 9, 2019 7:36 PM

Bernama dilaporkan berkata, semua masalah aliran tunai tertunggak sudah selesai dan ia sedang ‘berusaha memperbaiki aliran tunai dalaman dan proses pengurusan kewangan’.

PETALING JAYA: Agensi berita nasional, Bernama memberitahu kakitangannya ia menghadapi masalah aliran tunai dan terpaksa menggunakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar gaji mereka.

Malaysiakini memetik Pengurus Akaun dan Kewangan syarikat disokong kerajaan itu, Syarifah Zaini Syed Zain yang memberitahu kakitangannya, ia tidak menerima geran dari Kementerian
Loading...
Kewangan.

“Jadi kami guna wang (daripada caruman KWSP) untuk membayar gaji kamu Julai lalu.

“Ya, kita boleh membuat keputusan untuk membayar caruman KWSP yang bermaksud kita kemudian tidak akan dapat membayar gaji Julai baru-baru ini,” katanya kepada Malaysiakini.




Syarifah berkata, beliau tidak dapat berjanji jika gaji bulan ini atau semua caruman wajib akan dibayar tepat pada masanya.

Bernama dalam responsnya berkata, semua masalah aliran tunai tertunggak sudah selesai dan ia sedang “berusaha memperbaiki aliran tunai dalaman dan proses pengurusan kewangan”.

Katanya, ada pelan rasionalisasi untuk mengubah agensi berita itu menjadi “kuasa besar maklumat dalam lanskap media yang mencabar”.

Pengarah Pejabat Belanjawan di Kementerian Kewangan, Johan Merican berkata, ia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyelesaikan perkara itu.

Seorang lagi pegawai kementerian itu berkata, ia akan menyiasat cara Bernama membelanjakan gerannya.
Loading...
Back To Top