Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

36 ahli UMNO di Bagan Serai sertai BERSATU


BAGAN SERAI: Seramai 36 ahli UMNO Bahagian Bagan Serai mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) selepas kecewa dengan janji yang ditabur pemimpin UMNO terdahulu.

Semua mereka termasuk bekas Ketua UMNO cawangan Kampung Baru, Sungai Bogak, Rosli Hamid, 58, tekad menyertai BERSATU dan menyerahkan borang keahlian BERSATU kepada Ketua Bahagian BERSATU Bagan Serai, Kamaruzaman Arshad, di sini malam tadi.

Rosli, yang menjadi Ketua UMNO cawangan selama selama 16 tahun, berkata beliau kecewa dengan sikap kepimpinan UMNO Bagan Serai yang banyak menaburkan janji tetapi tidak menunaikan semua janji mereka.

“Ketika mesyuarat cawangan UMNO pada April lalu, saya yang terdahulu melepaskan jawatan, tekad berubah arah untuk menyertai parti baharu selepas sekian lama kecewa dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan.

“Bermula dari itu saya tekad mengumpulkan rakan-rakan dan hari ini kami menyerahkan borang keahlian pada Ketua Bahagian BERSATU Bagan Serai, Kamaruzaman Arshad.

“Diharapkan parti ini dapat memberikan keadilan kepada rakyat dan kami berharap ia tidak menjadi seperti UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian kepada Kamaruzaman dalam satu program ringkas di Sungai Bogak, di sini.

Dalam pada itu, Kamaruzaman berkata penyertaan Rosli bersama penduduk kampung diibaratkan sebagai satu penghijrahan besar dilakukan mereka dan sehingga semalam, tujuh cawangan BERSATU ditubuhkan di Bagan Serai.

Katanya, pihaknya yakin menjelang akhir tahun ini, tidak kurang 20 cawangan BERSATU akan diwujudkan dan ditubuhkan di Parlimen Bagan Serai.

Beliau berkata BERSATU Bagan Serai kini mempunyai hampir 1,000 ahli dan pihaknya menjangkakan angka itu akan terus meningkat berikutan banyak pihak menawarkan diri untuk membuka cawangan mereka di kawasan Bagan Serai.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 
Loading...
href="https://www.facebook.com/zillaninutrition/posts/2397376183883008">Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top