Loading...
Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin sebagai terlalu keras...
Anwar malah mengatakan hukuman yang diterima Wan Ji kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tujuh tahun lalu itu bertentangan dengan pembaharuan demokratik...
"Ia (pemenjaraan Wan Ji) malang, saya bersimpati"...
"Saya fikir hukuman itu terlalu keras"...
"Ini bukan sesuatu yang selari dengan peralihan demokratik (selepas Pilihan Raya Umum Ke-14)," katanya selepas sesi soal jawab anjuran World Movement for Democracy...
Wan Ji terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman 9 bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin...
Wan Ji yang pada 2017 di lantik sebagai Pegawai Penerangan kepada Lim Guan Eng sewaktu Menteri Kewangan itu bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, malahan terpaksa meringkuk selama setahun setelah Hakim Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman asal setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan...
Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara ke atas Wan Ji selepas dia di dapati bersalah terhadap pertuduhan itu...
Sebelum itu, pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi...
Kesalahan itu di lakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012...
Apakah Anwar Cuba Memberikan Tekanan Kepada Pihak Kehakiman Atau Anwar Lakukannya Semata-Mata Mahukan Sokongan DAP
Mahkamah mendapati Wan Ji bukan hanya menghasut malah menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu...
Apakah manusia biadap dan penipu begini layak untuk di bela dan tidak layak untuk menerima hukuman?
Mengapa bakal PM membela pesalah sebegini?
Adakah kerana Wan Ji adalah penasihat kepada Setiausaha Agung DAP maka Anwar sanggup menjadi hero untuk mempertahankan manusia yang derhaka pada Raja-Raja Melayu?
Jelas menunjukkan kredibiliti Anwar sebagai seorang pemimpin berada di bawah tapak kaki DAP!!!
Apakah yang boleh kita harapkan dari seorang pemimpin yang mengaku dirinya Melayu Islam tetapi terpaksa menggadaikan dirinya kepada DAP semata-mata kerana nafsunya ingin menjadi Perdana Menteri...
Raja-raja Melayu merupakan payung kepada agama Islam dan bangsa Melayu serta rakyat jelata amnya...
Mengeluarkan perkataan atau penulisan yang menghina institusi yang di muliakan ini adalah tindakan biadap dan mencabar adat serta budaya Melayu zaman-berzaman apatah lagi menghasut dan mengajak rakyat membencinya...
Mereka yang melanggar pantang larang dan batas yang merupakan sebahagian dari amalan dan budaya kita memang sewajarnya di hukum jika sabit kesalahannya...
Orang Melayu tidak pernah di ajar biadap dan drrhaka...
Masalahnya mengapa Anwar membela orang seumpama ini?
Pembaharuan demokratik apakah yang di bawa Anwar sehingga mengizinkan rakyat bertindak sebagaimana Wan Ji?
Jangan kerana kena atas kepala orang kita sendiri maka kita mahu beri perlindungan dan keistimewaan...
Beginikah seorang bakal PM?
Satu demi satu kita di perlihatkan kemungkaran dan kerosakan pada kepimpinan PH yang sewajarnya menginsafkan kita, jangan lagi serah nasib bangsa dan negara pada mereka ini...
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Kesopanan dan Kesusilaan iaitu sebahagian dari prinsip Rukunegara yang kita ajar pada anak-anak kita, mahu kita junjung dan kekalkan demi keharmonian negara tetapi bagi Anwar dan konconya ia satu halangan terhadap entah pembaharuan demokratik apa yang mahu di bawa...
Pertahankan kebebasan kehakiman, pertahankan Institusi Raja-raja Melayu, pertahankan bangsa yang beradab dan bermaruah...
Katakan TIDAK pada Anwar dan PH!!!
Loading...