Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tok Pa Dah Pandai Bohong, Tak Lama Lagi Ikut PH Bersemburit!!!

Loading...

Kerajaan PH semakin melampau dengan propaganda pembohongan dan penipuan mereka...

Ada banyak yang tidak betul dengan muka hadapan Berita Harian ini :

》Tok Pa dipetik sebagai berkata bahawa hutang 1MDB RM32.2 bilion menyumbang kepada kenaikan hutang negara sebanyak RM54.2 bilion di bawah kerajaan PH dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM741 bilion akhir tahun 2018...

Kenyataannya, hutang 1MDB tidak bertambah sejak tahun 2016...

Tapi tiba-tiba hutang 1MDB pula boleh menyumbang kepada kenaikan hutang untuk tahun 2018?

Sendiri naikkan hutang, PH nak salahkan 1MDB pula...

Tidak hairan jika 1MDB juga akan disalahkan lagi untuk kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion pada akhir tahun 2018 kepada RM804 bilion pada bulan Jun 2019 ini...

Mereka petik hutang sahaja tapi tidak memetik aset dan apa yang telah dibangunkan oleh 1MDB...

Kalau nak main 'apa kita dapat dengan hutang RM32.2 bilion ini', mereka patut senaraikan yang ini pula :


》8 pangkalan udara yang dibina dan dinaiktarafkan termasuk pangkalan udara Sendayan (BACA DI SINI)...


》Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang telah pun dijual oleh kerajaan PH kepada syarikat China pada bulan April 2019 (BACA DI SINI)...


》Projek TRX bernilai RM40 bilion yang digelar oleh Guan Eng sebagai antara aset terbaik negara (BACA DI SINI)...


》Penyelesaian untuk perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah yang ditinggal zaman PM ke-4 yang sedang dan bakal menjimatkan RM400 bilion untuk negara untuk tempoh 20 tahun (BACA DI SINI)...


》Perjanjian penyelesaian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk mendapat kembali semua wang yang didakwa hilang setelah dipindah kepada atau dijamin IPIC (BACA DI SINI)...


》Projek-projek CSR 1MDB termasuk bantuan pemandu teksi, biasiswa pelajar, bantuan Haji dan sebagainya (BACA DI SINI)...

Jika Berita Harian jujur, mereka juga patut melaporkan yang atas itu...

Mereka juga patut bertanya :

》Apa yang kita dapat dengan kenaikan hutang negara sebanyak RM54.2 bilion pada tahun 2018 di bawah PH, sedangkan banyak bantuan dan projek rakyat dimansuhkan...

》Apa yang kita dapat dengan kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion untuk tempoh 6 bulan pertama tahun 2019 ini?

》Apa yang rakyat dapat selepas PH jarah RM82 bilion dari PETRONAS?

》Apa yang ktia dapat dengan wang BNM Forex RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM100 bilion sekarang) yang lesap begitu sahaja?

Sedangkan satu sen pun tidak dapat kembali dan satu sen aset pun tidak ditinggalkan oleh dana BNM yang lesap itu...

Dah nak sampai 15 bulan PH memerintah tetapi 1MDB masih menjadi bahan propaganda utama mereka...

Selepas apa yang Dr. Mahathir dan Menteri Kewayangan cakap mengenai kedudukan ekonomi negara dah tak laku, maka Tok Pa pula diarahkan untuk menipu...

Salam takziah kepada Tok Pa kerana merelakan maruah dan harga dirinya diletak di bawah tapak kaki Dr. Mahathir dan Guan Eng...



Kredit :

Fb DS Najib Razak
Mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Loading...
Back To Top