Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Salah Cakap

Loading...

Dulu, ada aku terbaca kisah pasal Perdana Menteri Jepun, masa dia nak berjumpa dengan Obama. PM Jepun biasanya tak pandai English. Jadi diajarlah oleh bahagian protokol kerajaan Jepun untuk bercakap sikit dalam bahasa Inggeris.

Disuruhlah PM Jepun tu sebut kepada Obama nanti 'How are you' sebagai adat meraikan. Lalu pegawai protokol pun menjangkakan jawapan dari Obama ialah 'I'm fine, thank you and you?'. Lalu diajar satu lagi perkataan mudah iaitu 'Me too'. Sangat mudah bagi kita untuk menyebutnya, tapi belum tentu senang dan diingati walaupun bagi orang yang bertaraf PM kerana bukan kebiasaannya bertutur dalam bahasa Inggeris.

Maka apabila Obama datang, PM Jepun pun dengan senyuman menghulurkan tangannya sambil berkata 'Who are you' tersalah sebut, tertukar dengan How. Obama yang cuba mengawal keadaan membalas dengan reaksi yang agak nakal iaitu 'Well, I'm Michele Obama's husband' sambil ketawa. Dan PM Jepun kemudian dengan senyum lebar membalas 'me too'.

Dikatakan perjumpaan selepas itu menjadi hening dalam masa yang agak panjang. Mungkin senyap sebab semua orang tidak bercakap banyak dengan wajah yang serius, tapi tak tahu nak buat apa.

Cerita ini mungkin rekaan, cuma aku terbayang, mungkinkah keadaan hening atau senyap yang dialami oleh Obama dan PM Jepun itu seperti dalam gambar ini? Semua diam, macam ada yang salah cakap jer. Rasa tak keheningan dalam gambar ini? Ada macam kesyahduan kan? 😊

Mohd Nasir Abdullah

Ras Laffan, Qatar
20 Julai 2019


MR :  Apa nak citer itu hakikatnya tunggu najk gugur atau runtuh


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top