Loading...
UMNO menawarkan Saarani Mohamad, ketua parti itu di Perak sebagai menteri besar sekiranya Barisan Nasional dan PAS berjaya merampas negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden Umno Zahid Hamid ketika mengumumkan perkara itu berkata, Saarani telah membuktikan nilai kepimpinannya apabila berjaya menyatukan seluruh bahagian Umno di negeri itu.
“Kalau Tuanku berkenan, inilah (Saarani) menteri besar kita. Kaedah dan cara beliau memimpin Umno negeri Perak saya hormat kerana beliau dapat menyatukan seluruh bahagian-bahagian.
Beliau mengumumkan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tambun di Bangunan Umno Perak, Ipoh, hari ini.
Zahid mengumumkan calon menteri besar baharu itu berdasarkan keyakinan bahawa kerjasama Umno dan PAS akan menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Harapan Perak dalam PRU15.
“Dengan kerjasama Umno-PAS ini, kita akan menang 40 kerusi daripada 59 kerusi di Perak,” katanya.
Menurut Zahid, Umno perlu melaksana strategi tertentu dalam mencapai matlamat tersebut termasuk meletakkan calon langsung BN.
“Jangan ingat kalau tidak pegang jawatan di Bahagian, tidak boleh jadi calon. Semua orang ada potensi jadi calon termasuk jadi calon langsung Barisan Nasional.
“Kita kena ada pemikiran yang strategi untuk merampas semula kerajaan negeri Perak dan persekutuan,” katanya.
Dalam PRU14, Umno mengusai 27 kerusi dan PAS sebanyak tiga kerusi. Jumlah itu lebih besar berbanding 29 kerusi dikuasai PH.
Bagaimanapun PH tetap berjaya membentuk kerajaan apabila dua wakil rakyat Umno, Nolee Radzi dan Zainol Fadzi Paharuddin menyokong Ahmad Faizal Azumu menjadi menteri besar.