KUALA LUMPUR - Perkhidmatan laman sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp dilaporkan terganggu di seluruh dunia.
Memetik laporan Dail Mail UK, ketiga-tiga platform media sosial milik Facebook itu menerima laporan gangguan perkhidmatan
Loading...
yang sangat banyak sepanjang hari ini.
“Whatsapp bermasalah menerima atau menghantar pesanan, termasuk juga sambungan yang lemah dan beberapa pengguna tidak boleh log masuk,” katanya.
“Pengguna di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Eropah nampaknya menerima gangguan terburuk.
“Laporan turut diterima dari seluruh dunia, termasuk Australia, Brazil, Colombia, Jepun, Mexico, Filipina, Rusia, Singapura, Afrika Selatan dan Uruguay,” kata portal itu hari ini.
Menurut portal itu lagi, pengguna Instagram membuat laporan tentang suapan berita, aplikasi ‘story’ dan memuat kandungan.
Bagi pengguna Facebook pula, mereka mempunyai masalah untuk log masuk dan mengakses berita serta memuat naik atau melihat gambar.
Loading...