Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Penganalisis dakwa langkah PPBM tangguh pemilihan seperti Umno

Loading...

Penganalisis dakwa langkah PPBM tangguh pemilihan seperti Umno
Robin Augustin
-July 21, 2019 9:31 AM
4Shares
3


Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad ketika hadir pada Mesyuarat Agung Khas PPBM semalam.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata langkah PPBM meluluskan pindaan perlembagaan bagi membolehkan pemilihan parti itu ditangguhkan selama 18 bulan adalah seperti Umno.

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata ini adalah ironis kerana Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad semalam mengingatkan parti itu tidak menjadi seperti Umno.

“Penangguhan pemilihan parti adalah ‘trademark’ Umno dan menyumbang kepada keadaan semasa parti,” katanya, sambil menambah ia bukan “langkah yang baik” untuk PPBM.

Kamarul berkata penangguhan pemilihan parti menghentikan ahli akar umbi daripada “mengambil tindakan” terhadap pemimpin parti yang tidak bersetuju dan boleh menyebabkan ketidakbahagiaan dalam kalangan mereka.




Beliau mengulas mengenai Mesyuarat Agung Khas PPBM semalam di mana ahli-ahli bersetuju dengan pindaan perlembagaan untuk membenarkan pemilihan parti ditunda sehingga 18 bulan.

Perwakilan PPBM juga bersetuju mengguna pakai sistem pengundian 2 peringkat, dengan 1 ahli 1 undi untuk ahli biasa untuk memilih pemimpin cawangan dan bahagian, dan sistem pengundian perwakilan untuk kepimpinan tertinggi parti.
Loading...
Back To Top