Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PAS Bukit Gantang raikan para pengedar Harakah


BUKIT GANTANG: PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Jamuan Kesyukuran meraikan para pengedar Harakah di Markas PAS Batu 6, Changkat Jering, di sini kelmarin dahulu.

Melibatkan kehadiran hampir 30 pengedar kawasan ini, program bertujuan menyatakan penghargaan atas kejayaan PAS Bukit Gantang menerima anugerah tertinggi jualan suara PAS itu.

Sempena majlis ini juga Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad telah menyampaikan anugerah jualan tertinggi akhbar rasmi parti itu bagi peringkat Bukit Gantang melibatkan Cawangan-cawangan.

Beliau dalam ucapan perasmian jamuan itu menyuntik semangat para pengedar untuk menggiatkan seruan dalam melaksanakan Kempen 3B Harakah iaitu Beli, Baca dan Beri.

PAS Bukit Gantang diumumkan sebagai penerima anugerah jualan tertinggi naskhah akhbar itu pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota baru-baru ini.

Pimpinan PAS Bukit Gantang turut hadir adalah Yang DiPertua PAS, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman dan Ketua Penerangan, Ustaz Hassan Abdul Halim serta Ketua Urusan Harakah Bukit Gantang, Roslan Talib. - HARAKAHDAILY 7/7/2019


MR :  Ada satu parti sebar maklumat fitnah kononnya Harakah dah nak mati... pasal ramai penulis Harakah menulis dalam akhbar parti mereka


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
Loading...
Loading...
Back To Top