Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Muafakat Pas Dan Umno Lebih Membimbangkan - The Star


Ketika media arus perdana yang lain sibuk dan tertumpu pada isu perebutan kuasa dalam PER dan PH lanjutan isu video songsang, akhbar The Star hari ini memilih untuk memberi fokus pada isu muafakat politik PAS dan Umno serta kesannya pada PRU akan datang.

Menurut laporannya 21 kerusi Parlimen milik PH dari kalangan kerusi majoriti Melayu hari ini akan jatuh ke tangan pakatan PAS dan Umno dalam PRU 15 nanti. Selain itu PH juga akan kalah di 42 kerusi DUN di 8 buah negeri iaitu Perlis 1, Kedah 8, Perak 8, Selangor 9, Negeri Sembilan 2, Melaka 2 dan Johor 6.

Ini jika dicampur undi yang diperolehi PAS dan Umno di kawasan-kawasan berkenaan.


Sebentar tadi seorang wartawan menghubungi saya dan minta ulasan.

Saya sebut laporan The Star itu sekadar mengambil-kira keputusan PRU ke 14. Hari ini PH sudah memerintah lebih 14 bulan, rekodnya tidak sebagaimana dijangkakan rakyat. Dan rakyat makin bosan dan marah

Malah keputusan PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau memberi petunjuk bahawa para pengundi khususnya Melayu telah banyak beralih angin dan kini menyokong PAS dan Umno, mencecah 85 ke 90 peratus berbanding sekadar 75 peratus PRU lalu.

Jika trend Semenyih contohnya berterusan dan melonjak dengan penyatuan sungguh-sungguh PAS dan Umno, tidak mustahil muafakat baru ini boleh menang lebih kerusi dan berkuasa di Putrajaya serta dikebanyakkan negeri-negeri.

Ini sebenarnya ancan semasa buat PH.

Berpadu PAS dan Umno disaat PH berpecah dalaman dengan isu moral, perebutan kuasa dan lain-lain tidak mustahil rakyat khususnya majoriti pengundi Melayu dapat mencipta "upset" dan membenamkan PH sebagai kerajaan sepenggal sekaligus menaikkan kerajaan muafakat pertama antara PAS dan Umno serta rakan-rakan kedua parti Melayu terbesar ini pada PRU ke 15.

Segalanya tidak mustahil dengan syarat muafakat dipupuk Islam dijulang.

ROSLAN SMS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 
Loading...
href="https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2287969314823696&id=2287964794824148">Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top