KERAP dipandang mundur, namun siapa sangka negara Bangladesh telah pun mempunyai seorang rakyatnya yang pernah menerima Hadiah Nobel. Individu yang dimaksudkan itu ialah Profesor Muhammad Yunus yang menerima Hadiah Nobel Keamanan pada 2006 apabila merangka satu alternatif pembasmian kemiskinan sehingga ideanya diterima pakai di peringkat dunia.
Beliau memperkenalkan sistem pinjaman bagi memulakan perniagaan kecil-kecilan atau kredit mikro pada pertengahan era 1970-an yang memudahkan golongan miskin termasuk wanita di negaranya berniaga sendiri dan mempunyai punca pendapatan.
Kejayaan model tersebut akhirnya mendorong Muhammad yang merupakan Profesor Ekonomi di Universiti Chittagong, Bangladesh menjayakan penubuhan sebuah bank dinamakan sebagai Grameen Bank pada 1983, dengan membawa moto Bank untuk Golongan Miskin (Bank for the Poor) bagi memperluaskan lagi perkhidmatan kredit mikronya.
Sehingga hari ini, model Grameen Bank membawa legasi yang cukup besar di peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia sendiri yang menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk meniru konsep bank dari Bangladesh itu.
Muhammad baru-baru ini berada Malaysia selama seminggu atas jemputan Malaysian Yunus Social Business Network yang dianggotai beberapa universiti dan pertubuhan tempatan untuk melihat sendiri perkembangan perniagaan dan gerakan sosial yang dijalankan. Utusan Malaysia berkesempatan menemubual Muhammad bagi mendengar sendiri idea yang dibawa beliau itu.
Meskipun model kredit mikro yang diperkenalkannya itu telah dimulakan sejak 35 tahun lalu, beliau masih melihat konsep pinjaman sebegitu tetap relevan diguna pakai pada waktu ini.
Maksud relevan itu bukan sahaja untuk menyediakan pembiayaan kepada perusahaan di desa, malah menjadi alternatif kepada golongan miskin bandar serta generasi muda yang menganggur untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan perniagaan sendiri.
Berdasarkan fahaman bahawa wang atau modal perniagaan adalah kunci untuk segala-galanya, Muhammad menganggap sesiapa sahaja yang diberikan peluang dari segi mendapatkan akses kewangan, boleh menjadi usahawan jika berbekalkan disiplin yang tinggi dan pengetahuan.
Jelasnya, konsep kredit mikro bukan hanya untuk diamalkan di negara
Loading...
dunia ketiga seperti Bangladesh, malah untuk negara maju termasuk Amerika Syarikat (AS) dan berkembang pesat seperti Malaysia. Malah Grameen Bank sendiri telah menubuhkan organisasi di AS yang turut dianggotai oleh Muhammad untuk membantu golongan berpendapatan rendah menjadi usahawan.
Kredit mikro yang diperkenalkan oleh Grameen Bank amat mudah kerana pinjamannya diberikan tanpa cagaran, sekali gus memudahkan sesiapa mendapatkan bantuan termasuklah mereka yang menjalankan perniagaan kecil seperti kerja-kerja pembersihan dan pencucian.
Antara ciri-ciri yang juga diamalkan oleh Grameen Bank adalah menggalakkan peminjam atau pengusaha mempunyai rakan kongsi bagi meningkatkan semangat dan komitmen berniaga serta mengurangkan beban perniagaan jika hanya seorang sahaja yang menjalankannya. Selain itu, tempoh bayaran balik secara mingguan turut diperkenalkan demi mengurangkan beban bayaran yang lebih banyak jika dibuat secara bulanan.
Jika diukur mengikut industri perbankan, Grameen Bank dianggap telah mencatatkan kejayaan tersendiri apabila rekod pinjaman yang gagal dibayar kurang 10 peratus, meskipun lebih AS$10 bilion (RM41 bilion) pinjaman itu telah diberikan kepada golongan miskin atau tanpa cagaran.
Secara perbandingan, AIM di Malaysia yang turut menggunakan konsep yang sama, setakat Jun 2018 telah mengeluarkan lebih RM20 bilion nilai pembiayaan secara kumulatif sejak badan itu ditubuhkan 30 tahun lalu dengan peratusan bayaran balik pada kadar yang dianggap cemerlang iaitu sekitar 98.36 peratus.
AIM bermula pada pertengahan 1980-an apabila dua tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim mengkaji pendekatan kredit mikro yang diperkenalkan oleh Muhamad dan kemudiannya memperkenalkan konsep yang sama di negara ini.
AIM adalah antara percubaan pertama konsep Grameen Bank dilaksanakan di luar Bangladesh dan malahan Muhammad sendiri pernah dijemput ke Malaysia untuk menilai kejayaan pelaksanaannya. Grameen Bank menjadi antara contoh kejayaan di Bangladesh sehingga berupaya mengubah minda rakyat negara itu daripada hanya mengimpikan pekerjaan sebagai kerani untuk menjadi usahawan dan peniaga.
Bercakap lebih mendalam mengenai Malaysia, beliau melihat kredit mikro antara kaedah yang boleh digunakan di Malaysia untuk membolehkan sesiapa menjalankan perniagaan khususnya dalam kalangan orang Melayu yang kebanyakannya berada dalam kelompok isi rumah berpendapatan rendah (B40). Baginya sesiapa sahaja boleh menjadi usahawan dan tiada istilah bahawa orang Melayu bukan berdarah peniaga atau hanya mengharapkan kerja makan gaji.
Mengulas mengenai perubahan parti kerajaan di negara ini tanpa merujuk kepada mana-mana parti pemerintah, beliau berpandangan sebaik-baiknya pentadbiran negara perlu betul-betul memahami kesusahan dan keperluan rakyat yang ingin keluar daripada kepompong kemiskinan.
Jelasnya, jika tidak memahami situasi sebenar, kerajaan akan cenderung untuk terlebih janji dan sekiranya gagal menunaikannya akan menimbulkan masalah lain pula.
Sumber: https://www.utusan.com.my/rencana/utama/model-bangladesh-jadi-ikutan-1.734229