Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Leman Raja Lawak didakwa cabul pekerja

Loading...

KETUA Amanah Sik, Sulaiman Ibrahim hari ini didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas, lapor Bernama.

Sulaiman, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan pertama, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Puchong di sini, pada 4.10 pagi, 12 November 2018 lepas.

Dia turut dituduh melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa yang sama di sebuah pejabat di Jalan Permai, Taman Perindustrian Puchong di sini pada 16 Nov 2018.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Peguam Mohd Ridzuan Muhamad yang mewakili Sulaiman memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung selain seorang anak yang berusia dua tahun.

Selain itu, peguam menyatakan syarikat anak guamnya baru beroperasi dan belum mempunyai sebarang keuntungan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan pengadu dalam kes ini.

Mahkamah menetapkan 6 September untuk sebutan semula kes.

Sulaiman yang juga pengarah urusan syarikat produksi tersebut turut dikenali sebagai Leman Raja Lawak. Sulaiman menyertai rancangan realiti televisyen Raja Lawak pada tahun 2012. – Bernama 24 Julai 2019


MR :  Memang bila keluar PAS, jadi hamba DAP pula... dosa pahala entah kemana


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top