Kerajaan membelanjakan lebih RM14 juta untuk membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke luar negara sejak setahun lalu, dedah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik.
"Perbelanjaan terperinci bagi keseluruhan lawatan rasmi ke luar negara yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi tempoh setahun yang lalu adalah berjumlah RM14,327,865.05 (melibatkan 22 lawatan).
"Perbelanjaan ini merangkumi pegawai kerajaan yang turut serta dalam setiap lawatan Perdana Menteri ke luar negara sepertimana yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri," kata Md Farid dalam jawapan bertulis di parlimen.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, yang bertanya butiran terperinci kos untuk lawatan ke luar negara perdana menteri bagi tempoh setahun lalu.
Sebelum ini dilaporkan pada April tahun ini kerajaan telah membelanjakan RM12.7 juta bagi lawatan rasmi anggota kabinet ke luar negara antara Mei dan Disember 2018.
Perbelanjaan ini meliputi 31 perjalanan, seperti yang didedahkan dalam satu lagi jawapan bertulis parlimen.
Pada 2016, Jabatan Perdana Menteri enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan bagi perjalanan lawatan sambil bekerja perdana menteri ketika itu, Najib Razak pada 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said hanya berkata lawatan rasmi Najib pada tahun 2015 dan 2016 mengambil kira "perbelanjaan berhemah".
MR : Kalau Anwar lagi jahanam...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan
Loading...
Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...