Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kanak² Di Madinah Behenti Untuk Bersolat Walaupun Tengah Syok Bersukan

Loading...


Masa kini, kita digemparkan dengan banyak perkara buruk dan khabar yang kurang senang mengenai Saudi Arabia. Walaupun belum jelas kesahihan cerita itu, namun umat kita antara yang paling cepat menyebarkannya.

Jadi, ingin aku kongsikan salah satu perkara shahih lagi positif di Medina, Saudi Arabia. Moga ia pun diviralkan dan disebarkan dengan cepat oleh umat kita.

Beberapa tahun lepas,ketika kami direzekikan bersama di sini, Madinah. Kakak (susuan), abang iparku dan anak buah ku kerap meluang masa bersama, tak kisahlah bersarapan, makan tengah hari atau makan malam atau ke tempat-tempat menarik disekitar Bandar Nabi salaAllahualayhi wassalam.

Namun, antara banyak memori kami, yang paling aku ingat adalah kami makan malam bersama di salah satu taman di kawasan perumahan berdekatan dengan Universiti Islam.

Selalunya orang arab kalau meluang masa bersama keluarga, mereka akan ke taman, pantai atau mana² kawasan lapang.

Mereka akan membawa karpet besar, syai (teh) dan makanan-makanan kemudian mereka akan hamparkan karpet dan makan malam bersama.

Jadi kami pun try jugak untuk lepak cara Arab nih.

Ketika kami tengah menikmati juadah masakan kakak, kami terganggu dengan jerit sorakan budak² arab. Dahlah, kucing-kucing pun mengiaw memintak makanan.

Para Shabab (remaja) menjerit bersorak ketika bermain bola sepak.

Berbeza sekali dengan Malaysia, selalunya kita bersorak kalau ada pertandingan atau perlawanan khas.

Namun, di negara arab ni, kalau game biasa²pun mereka akan bersorak. Kalau bermain pulak mereka serious macam dalam pertandingan.

Namun, Alhamdulillah, mereka tidak menggangu kami. Antara kebaikkan lain di Saudi ini. Mereka menghormati wanita. Jadi kalau anda keluar bersama isteri anda, mereka tidak akan menganggu malah Mereka akan tunduk.

Jadi, untuk pendekkan cerita. Riuh rendah bunyi mereka bermain bola mengalahkan Pasar Ikan, lebih riuh dari kedai Jakel ketika sebelum Hari Raya.

Tapi apabila azan berkumandang, aku ingatkan sama seperti di Malaysia ramai akan behenti, kemudian lepas habis azan. Teruskan bermain lagi.

Alangkah, salahnya aku.
Kami terkejut melihat mereka masing² behenti dan mereka terus ke Masjid di sebelah taman tersebut

Aku dan abang ipar aku pun turut serta ke masjid. Namun mereka lebih awal dari kami!

Bila tiba di Masjid. Jelas kedudukan mereka, kerana mereka berbaju sukan.

Ada dikalangan mereka yang berambut afro, ada yang rambut bagai penyapu dan ada yang bergelang. Tapi Alhamdulillah mereka solat dan Alhamdulillah yang penting disini, Alhamdulillah tiada bau. Kerana udara kering. 🤲🤲🤲

Tapi apa yang aku ingin sampaikan, tak kisah bagaimanakah rupa luaran remaja tersebut, Mereka akan tetap ke masjid.

Malah bila aku Nur Mall (Shopping Mall besar), para shabab (remaja²) yang lepak, berjubah, tak berjubah atau bertopi hip hop. Mereka tetap ke Masjid ketika azan berkumandang. Bukan itu sahaja, anak-anak kecik pun ekot sekali.

Itulah perbezaan masyarakat disini dan di Malaysia. Kalau di negara kita, mereka yang bermain bola sepak, apabila tiba nya waktu solat. Mereka akan balik ke rumah, atau lepak sebentar ditepi jalan. Kalau sudah habis azan, mereka teruskan lagi.

Solat itu dianggap sebagai eklusif untuk orang baik atau "Alim" sedangkan di sini, solat itu dianggap sebagi tanggungjawab kau sebagai seorang hamba Allah.

Selain itu, masyarakat di sini Alhamdulillah, Mereka dari kecil dibawa solat bersebelahan dengan ayah mereka. Tak kisahlah, solat sunat atau solat berjemaah. (Seperti gambar dibawah) anak-anak ini akan mengikut pergerakan ayah mereka walaupun kepala mereka ke sana ke sini.

Jadi, apabila mereka membesar mereka tahu apa nilai solat.

Namun jika anda membawa ke masjid, kemudian dibiar bersama disaf kanak²... anda boleh berfikir sendiri apa akan terjadi... anak-anak dikumpulkan dalam satu saf..

Jadi, inilah kebaikkan yang aku rasa paling besar dari masyarakat disini.

Mereka akan bersama dengan anak-anak mereka yang kecil ketika solat.

Sehingga ketika bulan ramadan tahun yang lepas aku pernah menyaksikan seorang arab bersama anaknya solat ketika taraweh. Ketika malam semakin lanjut. Jelas pada riak wajah anaknya keletihan dan mengantuk. Maka anaknya yang disisinya diangkat arab tersebut kemudian diletakkan dibahagian sujudnya untuk anaknya tidur.

Jadi secara tidak langsung, anaknya sudah terbiasa dengan budaya dan environment solat.

Sehinggakan kalau anda perhatikan gmbr dibawah ini, kanak-kanak pergi ke Masjid sendiri tanpa penjaga.

Firman Allah..
.وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan shalat dan sabar dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kami-lah yang memberi rizki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertaqwa.” [Thaahaa : 132]

Sabda Nabi saw
مُـرُوْا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّـلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ.

“Suruhlah anak kalian shalat ketika berumur 7 tahun, dan kalau sudah berusia 10 tahun meninggal-kan shalat, maka pukullah ia. Dan pisahkanlah tempat tidurnya (antara anak laki-laki dan anak wanita).”

Jadi, aku harap pengongsian ini dapat memberi buah akal pada kalian untuk mentarbiyah generasi yang akan datang.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“…Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Al-Furqaan : 74]


FB
كلام جميل - Kalaam Jamiil






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top