Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Inilah pentingnya semak dan imbang


Lepas teruk dikecam orang ramai khususnya penduduk Johor, hari ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad tampil menafikan dakwaan Exco Kesihatan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar bahawa najis burung merpati adalah faktor sampingan menyebabkan gangguan kesihatan di Pasir Gudang.

Beliau menegaskan, semua pihak harus kembali kepada dapatan kementeriannya terdapat gas akrilonitril serta dua lagi gas iaitu akrolein dan metil merkaptan dikesan di kawasan berkenaan.

https://malaysiagazette.com/blog/2019/07/25/najis-burung-bukan-punca-masalah-pencemaran-pasir-gudang/

Menteri orang PH, exco juga orang PH. PH sudah jadi kerajaan lebih daripada setahun. Tetapi masih belum menemui kesepakatan dalam isu-isu serius.

Mujurlah rakyat hari ini semakin bijak dan berani mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin PH yang sering kali tidak masuk akal.

Saya menyarankan exco Johor, Khuzzan segera memohon maaf kepada rakyat khususnya penduduk Johor dan Pasir Gudang.

Jika tidak, rakyat akan menyifatkan Khuzzan sengaja membuat lawak bodoh di saat rakyat sedang menderita dan melalui waktu sukar.


Wee Ka Siong

MR :  PH kaki auta, kaki kencing, kaki u-turn


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe
Loading...
Loading...
Back To Top