Loading...
Presiden PKR Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas pendakwah Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan terlalu keras dan tidak selari dengan pembaharuan demokratik.
"Ia (pemenjaraan Wan Ji) malang, saya bersimpati.
"Saya fikir hukuman itu terlalu keras.
"Ini bukan sesuatu yang selari dengan peralihan demokratik (ketika pilihan raya umum ke-14)," katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawan yang dianjutkan organisasi antarabangsa World Movement for Democracy di Kuala Lumpur semalam.
Iklan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang menolak rayuan Wan Ji terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menghasut terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu.
Mahkamah turut menambah hukuman penjara terhadap Wan Ji, dari sembilan bulan kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.
Wan Ji mula menjalani hukuman di Penjara Kajang semalam.
Ditanya sama ada Peguam Negara Tommy Thomas perlu menjelaskan permohonan rayuan timbalan pendakwa raya berhubung kes itu, Anwar mengenepikan soalan itu dan mengulangi bahawa hukuman terhadap Wan Ji sesuatu yang "malang".
Keputusan mahkamah terhadap Wan Ji mengundang kritikan sesetengah pihak, dengan Suaram menggesa penjelasan awam daripada Thomas.
Peguam Syahredzan Johan pula mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara yang membuat rayuan untuk menambah hukuman terhadap Wan Ji.
Wan Ji, yang merupakan anggota PKR pernah menjadi pegawai di pejabat ketua menteri Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng.
Wan Ji kemudian menubuhkan NGO yang bertumpu kepada dialog antara agama.
Laporan penuh sila baca di SINI
Loading...