Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hadi - Hentikan Cakap Semberono

Loading...
Oleh Tamrin Tun Ghafar

1. Peribahasa ‘Alah Bisa Tegal Biasa’ amat sesuai digunapakai bagi membuktikan betapa Agama Suci Islam diperalatkan tanpa segan silu dan takut demi kepentingan sesuatu pihak dan parti.

2. Ahli dan penyokong tegar dan walak PAS pasti tidak akan bersetuju dengan pandangan - pandangan yang berbeza walaupun ia umpama 'Sudah Terang Lagi Bersuluh'.

3. Dari awal lagi pemikiran mereka telah ditanam dengan ideologi bahawa pemimpin mereka adalah 'ulamak perwaris Nabi' yang maksum.

4. Seolah - olah berdosa, mereka akan percaya dan ikut apa saja yang disampai dan diarah oleh pemimpin TANPA banyak soal.

5. Sesiapa saja yang mempersoal tindakan - tindakan pemimpin akan dipandang serong dan berkemungkinan diambil tindakan.

6. Umpama kuda lumba di mana kedua - dua matanya ditutup dan berlari dengan pantas setiap kali dilibas dengan tali pemukul atau 'whip’.

7. Terdapat sebahagian 'ustaz' yang mengajar di masjid dan surau yang mengambil kesempatan menyelitkan secara halus dan licik propaganda mereka.

8. Bagi sesetengah pemimpin PAS, pembohongan itu adalah satu perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan mereka 'terselamat'.

9. Jika dulu 'Amanat Hadi Awang' yang dijadikan asas perjuangan PAS yang mengkafirkan UMNO, kini

bak kata Perdana Menteri, PAS akhirnya sudah pun berjaya mengislamkan UMNO.

10. Bukan itu sahaja, PAS kini sudah boleh menerima dan mengamalkan Perlembagaan dan undang - undang kafir Negara yang mereka tentang di suatu masa dulu.

11. Jika dulu Hadi dan pemimpin - pemimpin PAS menyifatkan MCA dan MIC umpama seketul daging babi di dalam kawah daging lembu, kini kehadiran daging babi itu tidak lagi menjadi isu kepada mereka.

12. Kita juga terbayang - bayang bagaimana Hadi bukan sahaja berpelukan dengan Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng, malah melangit memuji parti DAP itu.

13. Musuh utama PAS kini bukan lagi UMNO tapi DAP.

14. Dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang berpanjangan, yang utama ialah kepentingan diri dan parti.

15. Tuan Ibrahim Tuan Man , Timbalan Presiden PAS sepatutnya lebih berhati - hati dengan pendiriannya di dalam isu - isu tertentu terutama yang melibatkan Agama Islam.

16. Semasa bermusuh dengan UMNO, beliau pernah menuntut Najib dan Rosmah mengisytiharkan harta.

17. Nada beliau kini sudah berubah berhubung perkara yang sama dengan berkata "Dalam Islam Harta Bukan Perlu Diisytihar Kepada Umum”.

18. Bagi mempertahankan Timbalannya itu , Hadi mengemukakan fatwa terbarunya "Isytihar Harta Idea Komunis”.

19. Mengikut Hadi, DAP yang mempengaruhi Pakatan Harapan ( PH ) bagi semua Wakil Rakyat PH termasuk Perdana Menteri dan Wakil - Wakil Rakyat Pembangkang berbuat demikian.

20. Bukankah idea mengisytiharkan harta dan pendapatan oleh semua Wakil Rakyat satu idea yang harus diberi pujian?

21. Bukankah Islam menitik-beratkan integriti atau akhlak yang baik, akauntabiliti atau kebertanggungjawaban dan transperansi atau keterbukaan khususnya di kalangan pemimpin - pemimpinnya?

22. Tindakan Hadi dan Timbalannya yang berdolak dalik dalam hal ini tak ubah seperti seekor sesumpah yang bertukar warna mengikut kesesuaian; ia bercanggah dengan amalan Nabi kita Muhammad SAW yang mementingkan integriti atau sifat - sifat baik.

23. Mungkin mereka tidak mahu rakyat tahu tembelang mereka yang sebenarnya.

22. SPRM di bawah pimpinan baru perlu menyiasat ke akar umbi kekayaan beberapa pemimpin PAS dan sama ada sebahagian dana yang mereka terima itu telah disalurkan kepada parti atau tidak.
Terima Kasih.
Loading...
Back To Top