Loading...
IPOH: Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan dakwaan rogol yang dibuat pembantu rumahnya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu hari ini.
Menurutnya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
“Biarlah pihak polis menjalankan siasatan yang sepatutnya dan saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
“Saya percaya bahawa pihak polis akan bersikap profesional dan telus dalam siasatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai seorang Exco Perak sedang disiasat pihak polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia.
Difahamkan, mangsa tampil membuat laporan polis pada Isnin selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.
Terdahulu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pihaknya memandang serius tuduhan tersebut dan tindakan yang sepatutnya akan diambil bergantung pada hasil siasatan polis.