Loading...
IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikaitkan dengan dakwaan mencabul pembantu rumah warga Indonesia, telah ditahan semalam.
Penahanan itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dalam aplikasi pesanan ringkas WhatsApp kepada media sebentar tadi.
“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menahan orang disyaki semalam untuk bantu siasatan kita.
“Saya akan keluarkan kenyataan media hari ini,” katanya ringkas.
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan Razarudin mengesahkan pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dicabul oleh seorang Exco Perak yang juga majikannya kini dalam perlindungan polis.
"Wanita terbabit (mangsa) kini berada dalam pengawasan polis bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
"Setakat ini saya mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan termasuk proses mengumpul segala maklumat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan,” katanya.
Pengadu yang berusia 20-an dikatakan telah membuat laporan polis Isnin lalu selepas suspek mencabulnya sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru, Jelapang, Perak.