KUALA LUMPUR, 12 Julai — Akta Hasutan akan terus diguna pakai sehingga Jemaah Menteri mengarahkan akta itu dihalang penggunaannya atau dipinda, kata Peguam Negara.
Tommy Thomas berkata akta itu akan digunakan bagi “kes yang bersesuaian” sebagai

Loading...
“jalan terakhir” setelah meneliti peruntukan dalam akta alternatif seperti Kanun Keseksaan, lapor Utusan Onlline.
“Ini adalah kerana Akta Hasutan adalah undang-undang yang sah, dan tidak boleh diketepikan langsung. Perkara tersebut hanya boleh berlaku sekiranya Akta Hasutan dibatalkan oleh Parlimen,” katanya.
Menurutnya lagi, akta tersebut dipakai untuk mengimbangi kes menyalahgunakan kebebasan bersuara susulan peningkatan ucapan berunsur kebencian selepas pilihan raya umum ke-14.
Thomas mengakui akta parlimen itu mahu dimansuhkan berdasarkan manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan namun tiada keputusan Kabinet agar dimansuhkan atau dipinda setakat ini.
Beliau mengulas pendakwaan terhadap penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin yang dituduh di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan kata-kata bersifat menghina Sultan Selangor.