Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi?


Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, menyebut pada 28 Julai lalu bahawa pihaknya belum membuat keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan.

Saya sebaliknya berpendapat bahawa keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan ini perlu dibuat segera dengan memartabatkannya bukan menolaknya.


Batu Bersurat Terengganu bertarikh 22 haribulan Februari 1303 membuktikan bahawa bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi telah digunakan sejak dahulu kala lagi.

Begitu banyak sekali karya-karya besar Melayu yang ditulis dalam tulisan Jawi, antaranya termasuklah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) tulisan Tun Sri Lanang pada tahun 1615.

Ikhtisar-ikhtisar perundangan dahulu kala seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Pahang dan Undang-Undang Kedah ditulis dalam tulisan Jawi.

Perjanjian-perjanjian penting antara Raja-Raja Melayu dengan Portugis, Belanda dan Inggeris, antaranya termasuklah Perjanjian Pangkor 1874, ditulis dalam tulisan Jawi.

Malah, dokumen yang melahirkan negara ini, iaitu Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan Pemasyhuran Malaysia 16 September 1963, sekalipun ditulis dalam tulisan Jawi.

Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 juga melindungi tulisan Jawi dengan menyebut penggunaan tulisan Rumi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan.

Oleh itu, berdasarkan kepada kesemua fakta yang menunjukkan bahawa tulisan Jawi adalah sebahagian penting daripada sejarah dan identiti negara, bagaimanakah ia mahu ditolak?


FB
Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
Loading...
href="https://t.me/mindarakyat">https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-  Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top