Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Apakah Liberal Menolak Syariat Allah?

Loading...

1. Dalam kiriman Twitternya, Nu’man Afifi mencadangkan bahawa sekiranya anda bosan dengan berita skandal Gay, maka jangan anggap aktiviti seks suka sama suka sebagai satu jenayah. Bahkan beliau menegaskan bahawa kerajaan tiada hak untuk campur tangan urusan dalam bilik tidur ini.

2. Kenyataan ini seakan menolak hukum syarak yang telah ditentukan ke atas golongan Gay yang melakukan hukuman sejenis. Apakah sekiranya pasangan Gay melakukan hubungan seks sejenis suka sama suka, maka kita tidak boleh menganggapnya sebagai jenayah?

3. al-Quran telah pun memberikan peringatan yang jelas tentang kaum Lut yang mengadakan hubungan sejenis. Allah memanggil perbuatan hubungan sejenis mereka sebagai perbuatan yang keji (fahishah) dan melampau (musrifun). Firman Allah:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."

4. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa sekiranya sepasang lelaki melakukan hubungan sejenis, maka mereka boleh dikenakan hukuman bunuh. Sabda Rasulullah:

مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ

“Sekiranya kamu dapati orang yang mengamalkan perbuatan kaum Lut, maka bunuhlah pelakunya dan yang diperlakukan”. (HR al-Tirmizi)

5. Atas dasar dalil al-Quran dan hadith di atas, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras terhadap pelaku liwat. Malah, al-Imam al-Syafie menjelaskan bahawa pelaku liwat boleh dihukum rejam. Kata al-Syafie:

قال الشافعي : وبهذا نأخذ برجم اللوطي محصناً كان أو غير محصن

“Kata al-Imam al-Syafie: dengan ini kami berpandangan bahawa pelaku liwat hendaklah direjam samada sudah berkahwin atau belum.” (al-Shaukani, Nail al-Autar)

6. Andai sekiranya Allah menyifatkan pelaku liwat ini sebagai melakukan dosa besar (fahishah), Rasulullah melaknat golongan ini, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras dan begitu juga al-Imam al-Syafie, tergamakkah kita untuk menolak al-Quran, hadith dan pandangan para sahabat dan menyifatkan perlakukan hubungan sejenis suka sama suka sebagai bukan jenayah?

7. Begitu juga dengan pandangan Liberal yang menyatakan bahawa kerajaan tidak mempunyai hak dalam urusan bilik tidur kita. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Ini kerana sebahagian sarjana Muslim mengharuskan operasi siasatan bagi mencegah dosa peribadi yang merosakkan individu Muslim di ruang peribadi mereka.

al-Imam Ibn Hajar menukilkan bahawa sekiranya seseorang bersendirian dengan seorang perempuan untuk melakukan zina, maka dalam keadaan ini boleh dilakukan operasi pengintipan. (Fath al-Bari, 10/482)

8. Pandangan yang hampir sama dinukilkan oleh al-Imam Nawawi yang menyatakan pandangan al-Imam al-Haramain dan al-Mawardi berhubung keharusan melakukan operasi siasatan (tajassus) bagi mencegah perlakuan jenayah zina (Syarh al-Nawawi, 2/26).

Ini bererti terdapat ruang peibadi yang boleh diuruskan oleh pihak berkuasa. Ia tidak seperti pendirian Liberal yang menuntut kebebasan mutlak individu dan menolak konsep amar makruf dan nahi mungkar.

9. Justeru, adalah tidak wajar sama sekali untuk kita menerima cadangan Liberal yang meminta kita untuk mengiktiraf maksiat sejenis bahkan memperjuangkan konsep dosa peribadi yang mutlak kerana ia bercanggah dengan al-Quran dan hadith.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


MR :  itulah hakikat PH yang menyokong Islam Liberal


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top