Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anwar Tak Perlu Layan Isu Bakal PM

Loading...

Saya harap dato seri anwar ibrahim jangan terlalu melayani isu bakal perdana menteri ke lapan kerana beliau sudah pun tahu pendirian tun dr mahathir mohamad mengenainya!!

Jangan terlalu banyak bicara tentang bakal pengganti perdana menteri untuk mengelakkan rakyat jelata dari membuat rumusan seolah-olah beliau gila jawatan tersebut!!

Pada hemat peribadi saya juga tak perlu langsung dato seri anwar brahim mengulangi peristiwa silam kerana kini kita semua sudah berada di bawah satu bumbung PH.

Tidak perlu untuk kita menoleh ke belakang lagi!! Kita semua harus pandang ke hadapan secara positif dan teruskan agenda untuk membina semula negara yang telah dirosakkan oleh kerajaan kleptokrasi pada suatu masa dahulu!!

Secara jujur dan ikhlas saya merasai kurang baik bagi dato seri anwar ibrahim berbicara mengenai bakal perdana menteri ke lapan secara berterusan kerana sedikit sebanyak ianya boleh meninggalkan kesan negatif terhadap beliau sendiri!!

Malahan semua pihak harus berhenti berbicara mengenainya!! Buang masa kita berbicara mengenai sesuatu isu yang sudah diketahui jawapannya!!

Sepatutnya kita semua harus akur dengan beberapa kenyataan tun dr mahathir mohamad mengenai bakal pengganti beliau!!

Takkan hari-hari perdana menteri nak kena sebut mengenai perkara ini?! Terlalu banyak bercakap nengenai isu bakal pengganti perdana menteri akan buatkan rakyat merasa bosan dengan PH!!

Rakyat melihat kita seolah-olah lebih pentingkan jawatan dari bekerja secara ikhlas!!

‘Expectation’ rakyat terhadap janji-hanji manifesto PH terlalu tinggi!! Sebab itu kita harus ketepikan bercakap mengenai perkara yang sudah ada jawapannya dan hanya tumpu untuk terus memperhambakan diri kepada keseluruhan rakyat di tanahair kita demi menjaminkan kesejahteraan masa depan mereka!!

Bila perdana menteri dah beri jaminan kita kena yakin dengannya!!

Yang keduanya, kita kena pasrah pada Allah swt kerana sebagai hambaNya hanya mampu merancang tetapi segala-galanya adalah ketentuan Yang Maha Esa. Allah swt yang bakal menentukan segalanya!!

Sepertimama ungkapan dato seri anwar ibrahim sendiri baru-baru ini kalau ada ketentuan Allah swt beliau ditakdirkan menjawat jawatan perdana menteri maka pada waktu itu beliaulah yang akan mengganti tun dr mahathir mohamad!!

Seandainya ketentuan Allah swt di sebaliknya maka semua pihak pun kena terimalah dengan hati yang terbuka!!

Kadang-kadang tokoh pemimpin amat ‘ok’ tetapi orang di sekeliling ‘lebih sudu dari kuah!!’ Faktor inilah yang bakal memudaratkan seseorang tokoh pemimpin itu kadang-kala!!

Ikhlas dari,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
7 Julai 2019
Loading...
Back To Top