Loading...
Para Nabi seperti Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa telah Allah turunkan bagi membimbing bangsa Yahudi. Mereka berjaya pada zaman mereka. Namun pada saat mereka tiada, Islam pada Yahudi runtuh. Kenapa sepertinya, Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa yang berupa tokoh-tokoh kenabian yang sangat hebat gagal memantapkan keIslaman kaum Yahudi? Itu satu persoalan, dalam dunia Melayu apakah kias Allah di balik segala kegagalan ini? Atau dalam lain kata, apa tidak mungkin kita juga kini sebagai mana kita kini lantaran kita juga telah dan sedang ada Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa di kalangan kepimpinan kita? Bagaimana keadaan kita kini? Sangat baik atau sedang hanyut menuju gaung mematikan?
(2) Saya melihat dunia Melayu kini dalam resah tanpa arah. Melayu sedang kucar kacir. Melayu sedang menuju jurang yang menghancurkan. Saya pernah menulis, jangan urus Melayu secara Sulaiman mengurus Yahudi. Melayu jangan dimanja, Melayu jangan ditantang, kerana itulah cara Sulaiman dan akhirnya Yahudi hancur bangsat. Dalam tulisan ini, saya cuba melihat bagaimana kita juga harus tidak mengurus Melayu secara jalannya Yusuf, Musa, Daud, Sulaiman dan Isa. Saya melihat, ada mirip cara pemimpin Melayu telah mengurus Melayu mengikut acuan para nabi yang saya sebutkan awal tadi. Saya yakin, Allah sengaja menurunkan para nabi dengan gaya pengurusan seperti itu kepada Yahudi pada masa itu, dan akhirnya menjadikan mereka tidak berIman kepada Allah mengikut cara dikehendaki Allah, kepada saya, bukanlah kerana Allah hanya tujukan kejadian itu kepada Yahudi, melainkan juga adalah untuk kita kini renung dan ambil ikhtibar. Kutukan Allah terhadap Yahudi termaktub kekal di dalam Al Quran sehingga Kiamat, bukanlah sekadar untuk Yahudi tetapi untuk kita perhati dan ambil ikhtibar. Dalam Melayu inilah apa yang mereka maksudkan sebagai pukul anak sindir menantu.
(3) Pada masa Yusuf, Yahudi telah dibenarkan untuk terlibat dalam segala bidang perekonomian Mesir khasnya dalam pertanian dan perdagangan sehingga kaum Yahudi menjadi sebegitu makmur aman sejahtera lalu dapat menguasai ekonomi Mesir. Yusuf berjaya menukar Yahudi dari bersifat malas, peminta sedekah nomadic kepada penduduk kekal dan berkembang setempat. Mesir dan Yahudi berkembangan seiringan, sehingga bila kekayaan mulai menguasai nafsu, Yahudi akhirnya bertukar tamak haloba. Mereka menguasai segala-galanya seperti juga Yahudi pernah lakukan di Jerman dan negara-negara Scandinavia lainnya. Inilah yang menjadi titik mula perselisihan Yahudi dan rakyat biasa Mesir dan akhirnya dengan Firaun. Iman Yahudi kepada Allah hanyalah sandaran terbaik untuk Firaun bertindak untuk mengerakkan seluruh rakyat pribumi Mesir untuk merayah Yahudi. Itu semua telah menjadi sejarah. Namun, apa pengertian kini pada sejarah tersebut, itu lebih utama?
(4) Siapakah tokoh Melayu yang telah mengurus Melayu seakan-akan mengikut acuan Yusuf? Saya melihat, Abdul Razak Husein ie bapa Abdul Najib telah berbuat sebegitu. Projek-projek perairan di Kelantan, Trengganu, dan Kedah semua terbangun semasa beliau. Sebegitu juga penempatan Felda di Pahang, Trengganu, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak, semua terbangun oleh beliau. Apa saja beliau bangunkan termasuk SEDC, MARA, LPN (sekarang BERNAS), FAMA, RISDA, MAJUTRENAK, LKIM, UDA, PERNAS, Bank Bumiputera, PETRONAS dan bermacam-macam semua khasnya untuk Melayu. Razak benar-benar menatang Melayu bagai minyak yang penuh. Alhamdullilah Melayu berjaya. ITM contohnya paling ramai melahirkan tenaga kerja Melayu berkemahiran. Sebegitu juga segala politeknik yang beliau dirikan. Melayu kian membanjiri bidang tenaga kerja mahir dan professsional di seluruh Negara. Abdul Razak benar-benar telah meletakkan asas kukuh bagi kemajuan Melayu. Selepas Razak meninggal, Husein Onn yang mengantikan beliau agak lemah. UMNO mula bergolak dalam diam bila Husein Onn melantik Mahathir Muhammed seorang junior sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bila Mahathir naik jadi Perdana Menteri perang dalam cawan kopi jadi perang saudara terang-terangan di dalam UMNO.
(5) Fitrah Mahathir, dia hanya hebat jika diasah dengan segala macam cabaran. Cabaran menjadikan pemikiran Mahathir ligat. Dengan ligat berfikir, Mahathir sebagai fitrah dan lumrah para saintis, mereka selalunya menemukan sesuatu yang lain dari tiori kebiasaannya. Alhamdullilah, keluarbiasaan inilah menjadikan Mahathir hebat dalam menghadapi segala cabaran. Sesungguhnya, di zaman Yahudi Mesir, sebegitulah kehebatan Musa yang Allah berikan. Musa sering melakukan kelainan dalam menghadapi cabaran para Firaun. Sehingga akhirnya Musa memiliki magic yang tiada tandingnya. Tongkat Musa mampu menelan segala ular ahli sihir Firaun. Musa mampu membelah Laut Merah. Musa mampu menerbitkan mata air dari batuan. Musa juga mampu mendatangkan Mana dan Khana sebagai makanan Yahudi di Sinai yang gersang. Musa adalah antara Nabi yang berpeluang berbicara terus dengan Allah. Selepas Musa timbul Daud. Daud adalah Nabi Yahudi yang cukup hebat kemahirannya. Beliau adalah tukang besi yang sangat handal. Lantaran itu beliau mampu mempersenjatakan Yahudi untuk berperang dan akhirnya menguasai Baitulmuqadis. King David menjulang kekuasaan Yahudi di Baitulmuqadis. Beliau berani mengajak Yahudi yang timid pengecut untuk gagah menantang kaum Canaan. Daud dapat membina Kerajaan King David yang makmur dan aman di Baitulmuqadis yang dulu hanyalah kawasan tandus kering kontang pada zaman moyangnya Yakub dan Ibrahim. Sesungguhnya, sebegitulah Mahathir. Di pentas manapun, beliau cukup berani. Keberanian beliau melonjak semangat juang Melayu. Mahathir akhirnya dengan pelbagai usaha Institutional Strengthening khasnya melalui usaha-usaha pengkopratan telah mewujudkan kebajiran professional Melayu yang hebat-hebat ilmu pengurusan dagang dan industri mereka. Mahathir berjaya meletakkan batu asas untuk Melayu terus berjaya dan gagah. Cuma Melayu kian terpisah, yang professional tetapi susut Imannya, yang tebal Imannya, ilmu dunianya memudar. Manusia-manusia Melayu menjadi manusia-manusia yang mulai kusam tujuan hakiki hidup mereka.
(6) Di manakah kegagalan Daud? Jika dikaji sejarah Yahudi, Daud hanya membina sebuah Masjid di zamannya. Itulah apa kini disebut sebagai Temple of David. Saya berkira, dari pembacaan yang sangat terhad sumber rujukannya, Daud pada masanya terlebih sibuk memperkuatkan kebendaan Yahudi sehingga keImanan mereka kurang diasah. Maka menyedari akan kemungkinan musnahnya Yahudi selepas beliau, maka belaiu berdoa kepada Allah agar Nabi selepas beliau haruslah jauh lebih hebat dari beliau. Samalah dengan Mahathir, lantaran keingian membuak-buaknya untuk melihat Melayu maju jauh, soal-soal keImanan Melayu menjadi secondary. Professional Melayu tidak dikukuhkan keImanan mereka. Pendidikan Islam dan professionalisma terasing malah terpisah terus. Bedanya, selepas Daud ada Sulaiman yang juga tebal Imannya kepada Allah dan dia juga adalah professional handalan. Selepas Mahathir, Abdullah seem to be great namun akhirnya hanyut oleh professionalist Melayu yang kian tamak haloba. ...... In Shaa Allah bersambung
Loading...

