Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Jawatankuasa Parlimen mahu jumpa PM bincang lantikan jawatan kanan


PETALING JAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) untuk Melantik Jawatan Utama Perkhidmatan Awam akan menulis surat kepada perdana menteri untuk menemuinya bagi membincangkan pelantikan jawatan kanan pada masa depan.

Ini selepas Latheefa Koya dilantik untuk menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia oleh Dr Mahathir Mohamad tanpa memaklumkan jawatankuasa itu.

Pengerusi PSC, William Leong berkata, kakitangannya akan menghantar surat itu sendiri ke pejabat perdana menteri pada Isnin depan.

“Kami mahu jumpa Tun Mahathir berhubung pelantikan jawatan kanan,” kata ahli Parlimen Selayang kepada FMT hari ini.

PSC itu dianggotai 14 ahli Parlimen untuk bertindak sebagai semak dan imbang kepada kuasa eksekutif.

Selain pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM, Leong berkata, ada 2 lagi pelantikan utama baru-baru ini membabitkan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang tidak melalui PSC.

Katanya, jawatankuasa itu ingin tahu cara menangani pelantikan lain pada masa depan.

Rabu lalu, Mahathir mempertahankan pelantikan Latheefa dengan berkata, ia dibuat tanpa dibincangkan dalam Kabinet kerana beliau mahu kebebasan untuk memilih calon terbaik.

Katanya, perbincangan dengan orang lain akan mengehadkan pilihannya kerana beliau mempunyai hak untuk memilih orang yang layak.

Akta SPRM 2009 membenarkan perdana menteri melantik ketua SPRM. Tetapi, Pakatan Harapan menerusi manifesto pilihan raya umum ke-14 berjanji pelantikan jawatan itu akan dibuat melalui PSC.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin hari ini berkata, perdana menteri mempunyai keistimewaan untuk melantik Latheefa mengetuai SPRM.

Katanya, semua pihak perlu sedar jawatan perdana menteri datang bersama keistimewaan tertentu “yang mungkin tidak ada pada jawatan lain”.

Semalam, pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 turut menggesa Mahathir membenarkan PSC melakukan kajian semula ke atas pelantikan pesuruhjaya, ketua hakim negara, ketua polis negara, ketua pengarah dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan.
.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<<
Loading...
Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top