Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Duit 1MDB atau tidak, biar mahkamah tentukan, kata PAS


PETALING JAYA: PAS berpendirian mahkamah perlu menentukan sama ada duit yang dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada 41 individu dan entiti merupakan milik 1MDB atau sebaliknya.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana SPRM bukan badan kehakiman, tetapi hanyalah badan penyiasat.

“Jadi jika nak sahkan betul atau tidak (wang yang dituntut itu milik 1MDB), kena bawa ke mahkamah.

“Macam mana individu dan entiti itu nak tahu wang diterima daripada 1MDB atau tidak,” katanya kepada FMT.

Terdahulu SPRM memfailkan permohonan pelucutanhak sivil terhadap 41 individu dan entiti bagi mendapatkan kembali lebih RM265 juta wang yang dikatakan milik 1MDB, yang dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak dan setelah itu diberikan kepada penerima terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, sejumlah RM212 juta diberikan kepada beberapa Umno negeri dan bahagian.

Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 56 Akta Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, entiti seperti syarikat Rayhar Travels Sdn Bhd, yang turut dinamakan dalam senarai terbabit, tidak bertanggungjawab untuk tahu dari mana duit itu datang.

Katanya, ini kerana syarikat itu hanya sebuah agensi pelancongan yang menguruskan umat Islam yang mahu menunaikan ibadah umrah dan haji.

Rayhar dilaporkan berkata, syarikat itu menerima bayaran daripada seorang individu yang menaja penduduk dari Pekan Pahang, untuk mengerjakan umrah pada tahun 2013.

Berdasarkan senarai pelucutanhak sivil SPRM, Raysar Travels menerima bayaran sebanyak RM121,205 daripada Najib.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 
Loading...
"verdana";">Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top