Loading...
KOTA KINABALU, 11 Mei — Gereja Roman Katolik di Bukit Padang di sini membenarkan orang Islam dan bukan muslim memakir kenderaan untuk membeli juadah di bazar Ramadan.
Terletak bersebelahan, amalan sejak enam tahun lalu setiap Ramadan dianggap perbuatan terpuji bagi menunjukkan saling memahami dalam kerencaman bangsa di Sabah, lapor The Star Online.
Beberapa peniaga dan pelawat memuji tindakan gereja Mary Immaculate dan tidak melihat ia satu masalah bagi menunjukkan keindahan sambutan Ramadan di negeri tersebut.
“Sungguh indah sambutan Ramadan di Sabah. Gereja ini menghormati Ramadan dengan membenarkan kawasannya untuk pengunjung bazar Ramadan memakir kenderaan,” katanya.
Bagi peniaga Affandy Jani dan pengunjung Monica Chong pula menyambut baik langkah “kebersamaan” dan saling memahami yang ditunjukkan antara gereja dan kumpulan peniaga.
“Saya cukup yakin gereja dan peniaga saling memahami dan sebab itu pintu pagar itu dibuka kepada siapa saja yang mahu memakir untuk membeli makanan dan minuman,” kata Monica.