Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Perlembagaan Negeri : Tommy Thomas tersilap nasihat Mahathir


Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa gagal memberi nasihat yang betul kepada Perdana Menteri sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan yang silap berhubung Perlembagaan Negeri-Negeri.

Seorang peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Persekutuan ada kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja pula ada kuasa di bawah Perlembagaan Negeri-Negeri.

Lantaran itu, katanya, kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk adalah satu kesilapan.

(13. The constitutions of Johore and Terengganu which were promulgated earlier were nullified by the new constitution which was accepted by all the states of Malaysia. Accordingly on the 9th of May, 2018, the peoples of Malaysia went to the polls to elect the Governments of (the Federation) Malaysia and the Governments of the states. http://bit.ly/2GBYsYe).

Khairul mendakwa, ini merupakan kali ketujuh Peguam Negara gagal menasihat Perdana Menteri dengan betul.

“Kegagalan TT (Tommy Thomas) memberikan nasihat yang betul kepada PM kita ini menyebabkan PM kita nampak merapu dan nyanyuk dalam tulisan-tulisan beliau.

“Kesian PM kita. Dah lantik AG terbaik pun beliau tak dapat nasihat yang baik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsi artikel Perlembagaan Persekutuan perenggan 71 (1) yang menyebut Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimeaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu. – MalaysiaGazette


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 
Loading...
href="https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2287969314823696&id=2287964794824148">Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top