Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

5/4/19 DILEMA SAWIT - IBARAT BO DEREK & THE APE - EU & ORANG UTAN

Filem Tarzan lakunan Bo Derek (1981), mungkin banyak yang masih ingat. Mengimbas kembali filem tersebut dan dilema sawit di kalangan Kesatuan Eropah (EU), mengilhamkan saya untuk menulis tulisan ini. Bo Derek seorang artis yang cukup mengiorkan. Chimpazee, the Ape teman tarzan dalam filem tersebut juga haiwan yang cukup lucu serta genius. Saya perakui bahawa, isu yang menyelubungi sawit di EU bukan sepenuhnya terkait soal Urang Utan (UU) dan alam sekitar tetapi lebih kepada soal perang dagang sawit dan minyak masak keluaran EU dan sekutu-sekutunya. Namun saya memilih tajuk tulisan sepereti saya teterakan di atas, adalah untuk mencari jalan keluar creative bagi menafaatkan sawit dan UU.

(2) Cuba renung sosok Bo Derek. Beliau cukup mengiorkan. Dadanya, pinggulnya, pahanya, matanya, bibirnya, kulit malah seluruh tubuhnya, sangat enak untuk dinikmati. Naluri manusia biasa tidak akan menafikan itu semua. Namun ghairah tubuh Bo Derek apa ada ertinya jika tanpa Chimpanzee dalam filem tersebut. Sesungguhnya, dengan adanya Chimpanzee tersebut, maka tubuh ghairah Bo Derek semakin terserlah. Sebegitu juga apa ada pada Chimpanzee temannya Tarzan? Tidakkah dengan adanya Bo Derek yang menawan menjadikan Chimpanzee semakin genius? Apakah filem ini bertujuan untuk membuka ghairah Bo Derek dan genius Chimpanzee? Namun, apakah itu motif sebenar penulis dan pengarah filem tersebut? Saya yakin tidak. Mereka sekadar menggunakan Bo Derek dan anugerah cantiknya beliau yang Allah berikan untuk meraih keuntungan dagang. Keuntungan dari filem ini pasti berganda dengan adanya Chimpanzee. Saya yakin itulah psychology penulis dan pengarah filem tersebut. Maka jika sawit adalah Bo Derek dan UU adalah Chimpanzee maka Teresa Kok MPoIC, Darell Leiking MITI, Xavier Jayakumar MoWLNR, Muhammadin Ketapi MoTAC, Shafie Apdal dan Abang Johari bijak bercreative pasti mereka  boleh nampak bagaimana sawit dan UU adalah gandingan Bo Derek dan Chimpanzee. Kita dapat duit, dunia menerima kita.

(3) Pertama-tama, sawit, adalah minyak masak paling murah di dunia. Bahkan kadar productivitynya adalah tertinggi. Ianya asli minyak, sedang yang lain adalah berupa bijirin dan penghasilan minyak dari segala bijirin ini hanyalah berupa secondary product. Sawit, penghasilan minyak masak adalah primary product. Kedua, suhu cair sawit adalah jauh lebih rendah dari minyak-minyak lain. Suhu bekunya juga jauh lebih rendah. Maka pasaran sawit jauh lebih meluas berbanding minyak-minyak lain. Ketiga, penghasilan diesel dari minyak sawit jauh lebih mudah dari segala minyak lain. Bahkan turnover atau conversion efficiency penukaran sawit ke diesel adalah jauh lebih tinggi dari bahan-bahan lain, biar minyak mentah sekalipun. Maka atas faktor-faktor agro-economi, komersil dan teknikal, maka minyak sawit telah Allah tetapkan sebagai rahmat negara-negara tropika yang sangat menguntungkan. Sebegitulah sifat mengiurkan Bo Dereknya sawit. Jika sawit dibiarkan, maka jutaan petani bijirin di Barat dan negara-negara yang mereka kuasai akan mengalami masalah berat. Seperti dalam dunia perfileman, Hollywood harus jangan kalah dengan Bollywood, maka perang industri harus ada. Maka, sawit harus diperangi. Asas peperangan, atas nama demokrasi, maka soal-soal kaum minoriti, hidupan liar dan alam sekitar adalah cukup intellectual dan professional sifatnya dan nadanya.

(4) Urang Utan banyak terdapat di Borneo dan Sumatera. Terdapat tiga spesis UU iaitu P. pygmaeus (dengan tiga subspesis, di Borneo), P. abelii (Sumatera) dan P. tapanuliensis (Tanpanuli, Sumatera). Peta sisipan di sebelah, menunjjukkan taburan semulajadi UU.  Tumpuan mudah perang sawit EU adalah dengan mengait sawit dan UU. UU adalah saudara dekat Chimpanzee. Di Afrika, Barat telah berjaya menjadikan Chimpanzee lebih utama dari rakyat Afrika. Negara-negara di rantau Afrika Tengah telah cukup taksub dengan kebajikan Chimpanzee, maka tugas Barat untuk mengekang Afrika dari kemajuan pesat sudah cukup berjaya. Kini, UU sebagai saudara dekat Chimpanzee, mulai disorot sebagai sangat perlu demi kelestarian umat manusia. Saya tidak menafikan UU ada kepentingannya Allah adakan di dunia di sebelah sini. Ada baik Barat menekankan hal itu, supaya kita juga tidak lalai sehingga UU pupus.

Loading...
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhweXtTKPmd9xfCES0grbGYCtJ4Aau1rA5dgaQ206IOt09drZfNq4yvAw0G4F4rVqTvFRKgvrjLDXzWqOK4v_9ToscRMOk9wz5xsi_vX3TKfBlttwyj5WWa4coU4fCnSQLGlSJgzlqKbiHS/s400/distribution_map_large_borneo_ou_2004_364612.gif" width="285"> (5) Setakat pembacaan saya tentang UU, terdapat pengasingan ekologi jelas antara UU Sarawak, Sabah, Kalimantan dan Sumatera (rujuk peta sisipan di sebelah). UU Sarawak terbatas kepada UU tanah tinggi. UU di Sarawak tidak kedapatan di tanah pamah river valley. Jika dirujuk kepada peta taburan UU di Sarawak, jelas ianya berlegar di kawasan Batang Ai. Mungkin ekologi UU sebegitu atas pertaliannya dengan UU di Kalimantan Tengah di mana daerah Sanggau sangat berkait dengan Lubok Antu (Batang Ai) di Sarawak. Maka tanah gambut dan payau tiada kaitan dengan UU Sarawak. Maka jika kita mengerti soal-soal ekologi tumbuhan dan haiwan, sepertinya, UU Sarawak mempunyai ekologi pemakanan yang agak terhad. Kerana UU adalah pemakan serba tetapi lebih kepada tumbuh-tumbuhan, maka sifatnya sangat menghampiri manusia iaitu haiwan omnivora. Saya menjangka, pasti ada tumbuhan tertentu di sekitar Batang Ai yang menjadi makanan ruji UU P. pygmaeus pygmaeus Sarawak. Saya berkata sebegitu lantaran saya perhatikan di dua Taman Pemulihan UU di Semengok dan Serapi, UU di sana perlu diberikan makanan secara kekal. Mereka seperti sukar untuk berdikari. Maka bagi Sarawak, Kerajaan Negeri (GOS) dan Kerajaan Pusat (GOM) perlu mengambil pendekatan bersepadu dengan Indonesia khasnya KalBar dan KalTeng dalam menangi kebajikan UU dan mendapat manafaat darinya.

(6) Sarawak telah menjadikan Batang Ai sebagai Taman Negara. Usaha ini adalah penting sebagai langkah untuk memastikan Tasik Batang Ai tidak mengalami gangguan bekalan air. Atas tujuan sebegitu, secara kebetulan UU ada di sekitar itu, maka, GOS telah menjadikan kawasan sekitar terutama di sebelah hulunya sebagai Taman Negara. Maka jika dilihat hati-hati, soal UU adalah secondary. Soal utama adalah soal tadahan air. Jika telah saya itu betul, maka di situlah khilafnya kita. Seharusnya, lantaran kini Barat sedang menggunakan isu UU sebagai asas serangan ke atas sawit kita, maka saya berkira GOS dan GOM perlu memperluaskan kawasan Taman Negara Batang Ai untuk meliputi seluruh kawasan NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau UU supaya ianya ada jaringan jelas dengan para saudaranya di KalBar dan KalTeng. Untuk Kalbar sudah ada Taman Negara Lanjak Entimau yang bersambungan dengan Taman Negara Batang Ai. Namun itu saya kira masih memujudkan jurang antara saudara-saudara UU di seluruh Kalbar. Di KalTeng pula telah diwujudkan Taman Negara Betung Kerihun. Namun jika diteliti betul-betul akan semua jaringan Taman Negara ini masih menimbulkan jurang gaps dalam hak NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau UU Sarawak, KalBar dan KalTeng. Maka satu bentuk kerjasama utuh antara Sarawak, KalBar, Kalteng, Malaysia dan Indonesia adalah penting dalam menangani kelestarian UU di sebelah Barat Borneo.

(7) Saya berpendapat dan mencadangkan agar Sarawak dan Indonesia perlu mengangkat Batang Ai, Lanjak-Entimau dan Betung-Kerihun sebagai Taman Tropika Borneo di mana, peranannya dapat diperluaskan serta pembiayaan dari badan-badan penting dunia dapat diraih hebat. ITTO pastinya sangat berminat untuk meneliti prihal ini. UN khasnya UNESCO serta banyak mereka yang prihatin tentang alam sekitar pasti sangat berminat untuk sama membantu. Saya yakin, jika semua ini dapat dilihat melangkau keperluan Tadahan Air, Kawasan NCR, Pemakao Menoa dan Pulau Galau UU, dengan segala kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini, In Shaa Allah rahmat Allah yang jauh lebih meluas akan kita perolehi. Saya yakin, pasti Allah sedang menyembunyikan sesuatu tentang kenapa UU ada tiga kelompok jelas dan mereka tidak berbaur rapat. Pasti di alam ekologi UU ada nilai-nilai pemakanan, pharmaceutical, malah industri lain yang belum cukup kita bongkar dan mafaatkan. Paling ketara, jika Batang Ai, Lanjak-Entimau dan Betung-Kerihun dapat disepadu dan diselaraskan pembangunannya, salah satu industri kegilaan yang pasti terjelma wajar adalah Adventure Eco-Tourism. Jika seseorang sanggup menghabiskan ratusan ribu dollar untuk ke Mt Everest dan Khutub, saya yakin, nilai ribuan dollar yang boleh ditawarkan oleh Batang Ai-Lanjak-Kerihun pasti mengamit lebih banyak pengunjung. Jika ini terjadi, kita tidak perlu secara cepat membuka hutan kita untuk sawit bagi mengatasi masalah kemiskinan dan kemunduran di kawasan-kawasan berkenaan.

(8) Kita harus bijak mengolah keghairahan dan kecintaan Barat dengan Urang Utan dan Alam Tropika  menjadi Bo Derek dan Chimpanzee. Soal sawit, itu soal kedua. Persoalan terpenting untuk kita adalah bagaimana mendapat aliran wang masuk untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat. UU kita jaga. Sawit kita kawal. Duit tetap mengalir masuk hebat. Rakyat kita tetap maju. Alam sekitar kita kekal nyaman dan mafaat dari Allah perlahan-lahan kita dongkel hebat dan lestari. In Shaa Allah jika itu strategi jangka panjang kita, Allah pasti tersenyum lantaran kita tidak kalah oleh kafir Barat lantaran ilmu Al Quran yang Dia telah bertikan kepada kita kita mengerti dan amalkan secara cukup bijak...... In Shaa Allah bersambung



Loading...
Back To Top