Oleh DATUK SALLEH BUANG
SEBULAN sudah berlalu sejak kes fitnah yang difailkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown diselesaikan luar mahkamah.
Namun spekulasi mengenainya belum reda lagi. Mengikut Syahir Sulaiman, pegawai pembantu Abdul Hadi, penyelesaian kes fitnah itu terkandung dalam satu consent order (perintah berasaskan persetujuan kedua-dua pihak) bertarikh 1 Februari 2019 di Queen’s Bench Division, Mahkamah Tinggi London.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Abdul Hadi segera berterus terang kepada ahli partinya.
Mereka ini yang telah menyumbang lebih RM2 juta hingga bulan September tahun lalu untuk membantu Abdul Hadi menampung kos perjuangannya di mahkamah di kota raya London itu.
Menurut Raja Bahrin lagi, kesungguhan Abdul Hadi menagih simpati dan sokongan kewangan ahli partinya menunjukkan azamnya untuk terus berjuang di mahkamah hingga ke penghujung kes itu.
Jadi kenapa tiba-tiba berhenti di tengah jalan?
Adalah benar bahawa penyelesaian di luar mahkamah itu ‘menutup segala isu perundangan’ tetapi ia juga membangkitkan banyak persoalan politik, tegas Raja Bahrin lagi.
Beliau mahu tahu kenapa kes itu perlu diselesaikan di luar mahkamah dan kenapa terma penyelesaian dirahsiakan oleh kedua-dua pihak?
SEMBUNYIKAN SESUATU?
Apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh Abdul Hadi daripada rakyat negara ini, soalnya lagi. Abdul Hadi perlu beri penjelasan terutama kepada mereka yang telah menyumbang kepada dana menampung kos meneruskan kes itu ke peringkat akhir
Pada 15 September 2018 lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa sehingga tarikh itu ahli-ahli parti tersebut telah menyumbang sebanyak RM2,117,870.82.
Ia adalah usaha untuk membantu presiden parti itu meneruskan saman fitnahnya terhadap portal Sarawak Report.
Bila tanya seorang sahabat (seorang peguam kanan di Kuala Lumpur) apakah pendapatnya mengenai perkembangan mutakhir kes ini, beliau menjawab: “Saya pun berasa pelik”.
Sahabat saya itu menjelaskan bahawa lazimnya pihak yang ingin mencari penyelesaian luar mahkamah dalam satu kes fitnah adalah pihak defendan apabila dia sedar bahawa dia mungkin kalah atau tidak yakin lagi dia akan menang.
Penyelesaian luar mahkamah merupakan strategi terbaik untuk menjimatkan belanja dan melindungi reputasinya di masa depan.
LUAR BIASA
Tambah sahabat saya itu lagi, adalah amat luar biasa bagi pihak plaintif yang mendakwa dia akan menang sejak awal lagi tiba-tiba menghentikan tuntutannya terhadap defendan dan sebaliknya bersetuju menyelesaikan kesnya itu luar mahkamah dengan penuh rahsia.
Pada Mei 2018, Datuk Takiyuddin (yang juga seorang

Loading...
peguam) dipetik sebagai berkata bahawa peluang Abdul Hadi menang dalam kes ini adalah amat cerah sekali kerana mahkamah telah menolak kira-kira 50 muka surat daripada 55 muka surat pernyataan pembelaan Rewcastle-Brown.
“Peluang Presiden Pas untuk menang saman ini, sekali gus membersihkan namanya, sangat besar”, tambahnya lagi.
Tindakan Hadi menyelesaikan kes ini luar mahkamah mendapat sokongan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menganggapnya sebagai langkah terbaik “memandangkan kes fitnah ini telah mengambil masa terlalu lama semenjak ia difailkan pada tahun 2017
Bagi ahli akademik Datuk Dr. Abdul Halim Sidek, antara perkara yang mungkin mendorong Abdul Hadi membuat penyelesaian luar mahkamah ini adalah faktor kos yang akan ditanggung untuk meneruskan kes ini hingga ke peringkat akhir.
Ramai ahli profesion guaman di negara ini meramalkan kes fitnah berprofil tinggi seperti ini tidak akan hanya habis di peringkat Mahkamah Tinggi sahaja.
Ini kerana pastinya pihak yang kalah di peringkat bicara akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
KALAH MENANG PLAINTIF
Sewaktu saya masih belajar di England lima dekad lalu, ada satu kes fitnah di negara itu yang berakhir dengan kekalahan plaintif.
Dalam kes itu, plaintif adalah seorang figura awam yang didapati melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya dalam keretanya di siang hari.
Bila cerita yang mengaibkannya itu disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, plaintif telah memfailkan tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan (defendan).
Dalam pembelaannya, defendan mengemukakan pembelaan justifikasi (yang bermaksud apa yang disiarkan olehnya itu adalah satu perkara benar).
Pembelaan defendan ini diterima mahkamah, kerana beban bukti dalam satu kes sivil hanyalah atas imbangan kebarangkalian. Akibat kekalahannya ini, plaintif dikenakan kos hampir satu juta paun.
Pengajaran mudah yang boleh diambil dari perjalanan beberapa kes fitnah di England dalam beberapa dekad kebelakangan ini adalah bahawa kalah menang plaintif bukan sesuatu yang boleh dijamin.
Undang-undang fitnah di England sudah dipermodenkan sejak beberapa tahun lalu dan kini jauh ke depan jika dibandingkan dengan Akta Fitnah 1957 di negara ini.
Bagi timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin, disebabkan kes Abdul Hadi terhadap Rewcastle-Brown itu tidak sampai ke penghujungnya, ia tidak boleh dikatakan ‘satu kemenangan’ bagi plaintif.
Jika Abdul Hadi (selaku plaintif) tidak dilihat sebagai pihak yang menang, apa yang disiarkan oleh defendan tidak boleh dikatakan sebagai fitnah. Saya setuju dengan pendapat beliau.
Rewcastle-Brown puas hati dengan penyelesaian luar mahkamah ini kerana apa yang disiarkan pada tahun 2016 olehnya dalam portal Sarawak Report itu (yang menjadi asas tuntutan Abdul Hadi itu) masih kekal sepenuhnya di situ. Tidak ada yang berubah atau perlu dipinda.
Bagi kita yang telah mengikuti kes ini sejak awal lagi, selagi kita tidak tahu kenapa plaintif tidak lagi berminat meneruskan saman fitnahnya terhadap defendan, apa yang berlaku di London sebulan yang lalu terus menjadi satu misteri.
DATUK SALLEH BUANG ialah bekas Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.