Sudah sah perkahwinan antara PAS dan Umno menurut Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Muhamamd Hassan awal minggu ini. Satu kerjasama yang mempejuangkan agenda Melayu dan Islam dan ini satu perkembangan menarik untuk politik negara.
Kerjasama ini bukan baru apabila PAS pernah bekerjasama dengan Umno sewaktu Semangat 46. “Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari” apabila PAS telah diceraikan oleh Umno bila jodoh sudah tidak panjang.
Kali ini PAS sekali lagi bersetuju bersama dengan duda yang pernah menceraikan mereka. Kali ini agenda yang ingin dibawa adalah Melayu dan Islam. Persoalannya adakah Umno sudah menerima hudud dan negara Islam untuk dijadikan “role model” pentadbiran sekiranya memerintah Malaysia jika menang PRU 15?
Kita tahu PAS pernah mencadangkan bahawa enakmen hudud dibentangkan dan dilaksanakan sebelum PRU14 baru-baru ini. Dengan harapan Umno mampu membawa usul ini ke dalam parlimen sekali lagi dikhianati oleh Umno sendiri. PAS sekali lagi menerima tamparan hebat akibat ditipu oleh Umno yang sewaktu itu Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai agenda kerajaan perpaduan ini.
Persoalan yang dinantikan rakyat adakah Umno bersedia
Kerjasama ini bukan baru apabila PAS pernah bekerjasama dengan Umno sewaktu Semangat 46. “Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari” apabila PAS telah diceraikan oleh Umno bila jodoh sudah tidak panjang.
Kali ini PAS sekali lagi bersetuju bersama dengan duda yang pernah menceraikan mereka. Kali ini agenda yang ingin dibawa adalah Melayu dan Islam. Persoalannya adakah Umno sudah menerima hudud dan negara Islam untuk dijadikan “role model” pentadbiran sekiranya memerintah Malaysia jika menang PRU 15?
Persoalan yang dinantikan rakyat adakah Umno bersedia
Loading...
melaksanakan hudud dan negara Islam apabila menjadi kerajaan? Umno perlu jawab dengan tegas adakah agenda Melayu dan Islam memang akan dilaksanakan secara total dan bukan retorik semata-mata dalam membawa agenda agama dan kaum.
Adakah PAS sedar dan yakin bahawa gabungan ini adalah satu kerjasama yang ikhlas daripada Umno atau hanya untuk survival dalam menyelamatkan hayat Umno? Jika PAS sendiri tidak pasti akan keikhlasan kerjasama ini dengan Umno, rakyat lebih berpendapat PAS sewajarnya berentiti sendirian dan tidak bersama Umno kerana Umno punyai rekod terlibat skandal rasuah dan salah guna kuasa yang sangat teruk dan terbukti Umno ini sering kali khianati PAS.
PAS dan Umno perlu bertegas mengeluarkan manifesto atau agenda utama gabungan ini agar rakyat jelas bahawa agenda gabungan ini bukan semata-mata Melayu dan Islam tetapi pelaksanaan hudud, negara Islam, pentadbiran yang berintegriti, amanah dan sejahtera untuk semua agama dan bangsa. Rakyat menolak politik sempit yang dimainkan oleh mana-mana pihak yang cuba merencat keharmonian hidup masyarakat majmuk selama 61 tahun.
Pendokong PAS pasti dalam dilemma apabila pucuk pimpinan PAS kena sudah beralih arah dalam dasar hala tuju parti. Pendokong PAS masih lagi menjiwai semangat arwah Tuan Guru Nik Abd Aziz yang lebih memilih kerjasama bersama PKR dan DAP berbanding Umno. Pengkhianatan Semangat 46 menjadi kenangan pahit allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sendiri sepanjang karier politik beliau kerana beliau antara pengerak dan pencatur sewaktu itu.
Adakah PAS sudah bersedia dikhianati sekali lagi atau sudah berfikir panjang dengan kerjasama ini sehingga melupakan amanat Tuan Guru Nik Aziz agar jangan sesekali ulang kerjasama dengan Umno ini dilakukan kembali? Apa kata pendukung PAS tegar yang mahu agenda hudud dan negara Islam dilaksanakan tanpa kerjasama Umno? Adakah ia mustahil atau realiti yang dapat dilaksanakan?
Umno tetap Umno dan tidak boleh dipercayai. Rakyat sudah buang Umno kenapa PAS masih percaya Umno?
* Habib Mazlan adalah aktivis PKR.