Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Clare cabar Hadi dedah syarat sulit kes saman Sarawak Report

PETALING JAYA, — Clare Rewcastle-Brown mencabar presiden PAS mendedahkan syarat penyelesaian sulit kes saman fitnah luar mahkamah dengan Sarawak Report bulan lalu.

Cabaran itu dibuat berikutan Datuk Seri Abdul Hadi Awangg semalam menafikan beliau atau PAS ada membuat pembayaran RM1.4 juta kepada portal berkenaan, lapor
Loading...
Malaysiakini.

“Kalau beliau kata ia bukan syarat-syarat perjanjian sulit yang disebut oleh perintah mahkamah maka beliau perlu menunjukkan dan mengatakan syarat-syarat penyelesaian sulit itu,” katanya.

Clare juga menegaskan beliau memiliki dokumen yang membuktikan pembayaran RM1.4 juta bagi pihak wakil rakyat Marang dan PAS.

Semalam, Hadi menafikan pihaknya ada membuat bayaran kepada Clare berkaitan kes saman fitnah dan mendakwa mereka tiada wang.

Sementara itu, Clare menganggap Datuk Rameli Musa, individu yang didakwa membayar RM1.4 juta bagi pihak Hadi, sebagai “beradab, taat beragama dan dihormati”.

Beliau juga mengakui kasihan terhadap pengerusi KTMB yang cuba menyelesaikan masalah PAS tetapi terheret sama dalam kes tersebut.

“Saya fikir beliau telah banyak membantu PAS secara kewangan selama ini dan telah menjadi penaung Hadi yang baik atas tujuan yang paling murni.”
Loading...
Back To Top